TERKINI :

Thursday, August 11, 2016

Menteri: Pulangkan ubat yang tidak digunakan

Pesakit yang masih mempunyai ubat yang tidak digunakan dinasihatkan agar mengembalikannya kepada klinik atau hospital bagi mengurangkan pembaziran ubat, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau memberi jaminan ubat yang belum digunakan itu, sama ada di dalam uncangatau paket, adalah selamat dan terpulang kepada budi bicara ahli farmasi tentang bagaimana untuk menggunakan ubat itu.

"Ubat yang dalam paket dan belum dibuka, belum tamat tempoh adalah selamat untuk digunakan. Tiada masalah keselamatan di sini... bagaimana cara menggunakannya terpulang kepada budi bicara ahli farmasi," katanya dalam sidangan media di Putrajaya hari ini.

Dr Subramaniam turut menggesa pesakit supaya membawa bersama ubat mereka yang tidak digunakan semasa temu janji untuk membantu doktor menyemak semulapriskripsi dan memberi mereka ubat tambahan yang sewajarnya.

Mengenai bagaimana ubat boleh menimbun di rumah, beliau memberi contoh apabilaseorang pesakit diabetes diberi ubat selama tiga bulan tetapi tidak menghabiskannya, dan diberi lagi bekalan tiga bulan dalam temu janji berikutnya.

"Pesakit boleh membawa balik ubat itu dan tunjukkan kepada doktor. Doktorkemudiannya boleh menyesuaikan jumlah ubat mengikut apa yang beliau ada. Kita boleh menjimatkan banyak wang menerusi proses seperti ini. Ini akan turut
membantu kerajaan mengelak pembaziran ubat," katanya.

Dr Subramaniam juga berkata terdapat peningkatan lapan peratus dalam jumlah pesakit luar di hospital dan klinik kerajaan, daripada 28 juta pesakit luar tahun lepas kepada 31.4 juta bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini.

"Berikutan kelembapan ekonomi, mereka beralih daripada hospital dan klinik swasta. Ini suatu perkara yang dinamik. Sehubungan itu, saya memerlukan kerjasama rakyat Malaysia untuk mengurangkan pembaziran agar kita dapat
meneruskan perkhidmatan kesihatan yang bermutu tinggi," katanya.

Beliau turut menggesa pesakit supaya membawa bersama rekod kesihatan mereka termasuk x-ray atau ujian darah daripada hospital dan klinik swasta supaya tidak perlu mengulangi pemeriksaan.

"Saya juga berharap orang ramai tidak menyalahgunakan kemudahan di hospital dan klinik kerajaan. Jangan datang ke hospital semata-mata untuk mendapatkan cuti rehat atau surat-surat sokongan lain kerana ia akan meningkatkan kos di
kementerian. Gunakan kemudahan kesihatan untuk tujuan sebenar," katanya.

- Bernama

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...