TERKINI :

Tuesday, August 9, 2016

Menjelang protes #TangkapMO1, penganjur ajak tukar gambar profil

FMT Reporters

KUALA LUMPUR: Sekumpulan pemuda akan mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka pada 27 Ogos ini bagi mendesak Putrajaya mendedahkan identiti “Malaysian Official 1” (MO1), yang disebut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dalam permohonannya menyita aset berkait 1MDB bulan lalu.

Sehubungan itu, Gabungan #TangkapMO1 menyeru orang ramai menunjukkan sokongan dengan menukar gambar profil media sosial mereka kepada logo kempen #TangkapMO1.

“Kami menyeru sekiranya sudi, anda boleh menukar gambar profil kepada logo kempen #TangkapMO1 di laman sosial masing-masing sebagai tanda sokongan terhadap perhimpunan ini,” kata Presiden #TangkapMO1, Anis Syafiqah Yusof.

Beliau menjangkakan kehadiran seramai 10,000 orang, dan protes akan bermula jam 2.40 petang selepas berkumpul di perkarangan pusat beli belah Sogo dan Masjid Negara.

Perhimpunan itu akan dibantu pasukan Amal Relief Malaysia (Arif) dengan kerjasama Skuad Medik untuk memastikan perhimpunanan berjalan lancar, katanya.

Kumpulan itu juga akan mengadakan siri ceramah dan “flashmob” bagi menjelaskan kepada masyarakat mengenai isu 1MDB.

“Ceramah ini bermula di Johor dan Kelantan pada 13 Ogos diikuti Perak pada 20 Ogos. Selain itu kami juga akan ke Pulau Pinang, Pahang dan Kedah,” kata Anis.

Jabatan Kehakiman AS pada 20 Julai mengemukakan saman sivil untuk menyita lebih AS$1 bilion aset yang didakwa dilesapkan daripada dana 1MDB.

Dalam saman itu, AS$731 juta dana 1MDB didakwa mengalir ke akaun bank seorang yang hanya dirujuk sebagai “Malaysian Official 1”, yang disifatkan sebagai “pegawai berpangkat tinggi dalam kerajaan Malaysia”.

Pelbagai pihak merumuskan gelaran itu merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...