TERKINI :

Tuesday, August 23, 2016

Mahkamah Rayuan tolak tuntutan kerajaan terhadap BERSIH

 http://mk-cdn.mkini.net/1033/8794b5bc728ddf67a2a0974083322214.jpg
Mahkamah Rayuan dalam keputusan penting hari ini mengesahkan kerajaan dan polis tidak mempunyai hak untuk memulakan tuntutan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (PPA) bagi mendapatkan ganti rugi yang dialami pada perhimpunan BERSIH 3.0 pada tahun 2012.

Ketika menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, panel tiga anggota menolak rayuan oleh pihak polis dan kerajaan terhadap anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 termasuk bekas pengerusinya Datuk Ambiga Sreenavasan.

Hakim Datuk Rohana Yusof berkata PPA tidak boleh digunakan untuk memulakan tuntutan itu.

Dua tahun lalu Hakim Datuk John Louis O Hara memerintahkan PPA adalah mengikut perlembagaan tetapi menolak tuntutan saman oleh kerajaan.

Hakim Rohana membuat keputusan itu bersama hakim Datuk Varghese George Varughese dan Datuk Mary Lim.

Setiap seorang daripada hakim berkenaan menulis penghakiman berasingan dalam keputusan itu tetapi Rohana yang mengetuai panel membaca keputusan ringkas.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...