TERKINI :

Tuesday, August 23, 2016

Mahfuz - Nawawi perlu mengadap Tuanku, bukan mohon maaf di kaki lima jalan

Kenyataan Media

*MOHON MAAFLAH DENGAN MENGADAP KE BAWAH DULI TUANKU YANG DI PERTUAN AGONG BUKAN DI KAKI LIMA JALAN*.

1.Saya menyambut baik permohonan maaf Yb Ir Dato' Nawawi Ahli Parlimen Langkawi kepada Duli Tuanku Yang Di Pertuan Agong *selepas beliau menyerang Baginda Tuanku dan secara tak langsung menghasut rakyat membenci dan menyalahkan YDPA dengan mengaitkan Tuanku Agong sebagai MO1 dalam isu 1MDB*.

2.Namun Nawawi jangan buat Tuanku Agong macam tak tahu apa apa. *Jangan dalam mohon maaf masih menyalahkan pihak lain* yang memviralkan posting dari FB beliau dengan kefahaman yang lain dari apa yang beliau maksudkan. *Nawawi  jangan buat Tuanku Agong macam orang terencat akal*.Jelas apa yang tercatit di FB Nawawi MO1 ialah Agong. *Nawawi jangan jadi macam Namewee*.

3.Kalau nak minta maaf pada Tuanku Agong buat la secara beradap. *Jangan sekadar minta maaf di kaki lima jalan.Tuanku Agong bukan penjual Mee Tonggek*.Perlu ikut adab kita dengan Tuanku.Apatah lagi *Tuanku Agong adalah Sultan Kedah Darulaman yang sangat dihormati dan disayangi oleh rakyat jelata*.Saya mencadangkan Nawawi  *mohon mengadap dan memohon maaf dan mengakui melakukan tulisan dan tafsiran yang salah mengaitkan Tuanku Agong sebagai MO1 pencuri 1MDB secara berdepan*.Nawawi juga perlu mengisytiharkan *menarik balik apa yang dia tulis di FB tempoh hari*.

#MohonAmpunMaaf
#JanganjadiNawawidanNamewee
#HidupHarmoniAmanDamai
#SelamatkanMalaysia.

*DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
8.30pm Taman Al-Walid Alor Setar
22 Ogos 2016/19 Zulkaedah 1437H

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...