TERKINI :

Friday, August 19, 2016

Mahfuz : Nawawi Jahat Terhadap Agong dan Manipulasi MO1 Adalah Agong

Kenyataan Media.

*NAWAWI JAHAT TERHADAP AGONG DAN MANIPULASI MO1 ADALAH AGONG*

1.Tidak wajar untuk YB Ir Dato' Nawawi Ketua Umno bahagian Langkawi menganggap pembangkang telah memanipulasikan isu tulisannya di FB beliau yang MO1 adalah Yang Di  Pertuan Agong.Sudahlah menghina SPB Yang Di Pertuan Agong kini *menuduh pula pembangkang yang manipulasi tulisan jahat beliau yang tidak beradap dan bangang dalam mentafsirkan perlembagaan*.

2.Polis perlu bertindak tegas dan segera menahan Nawawi untuk disoal siasat serta di ambil tindakan wajar untuk mendakwa Nawawi ke mahkamah. *Nawawi terus menerus  mempersenda Yang Di Pertuan Agong dan rakyat Malaysia dengan memadam tulisan asalnya* dan menafikan yang beliau pernah membawa maksud MO1 itu adalah Yang Di Pertuan Agong.Nawawi  *cuba merendahkan tahap pendidikan Yang Di Pertuan Agong dan rakyat Malaysia seolah mereka ini buta huruf sedangkan mereka adalah celik IT*.

3.Polis tidak boleh di  lihat double standard dalam bertindak. *Kenyataan Nawawi paling jelik kerana beliau adalah bangsa Melayu yang menghina Yang Di Pertuan Agong. Polis tidak boleh di lihat cuba membawa unsur perkauman dengan bertindak bila yang buat kenyataan itu adalah Cina atau bukan Melayu dan melindungi Melayu yang jahat dan tak beradap kepada Yang Di Pertuan Agong*.

4.Nawawi telah dengan niat jahat terhadap Yang di Pertuan Agong telah memanipulasikan perlembagaan Persekutuan Perkara 39 dan 40. Mengikut Perkara 39 dan 40 Perlembagaan Persekutuan, Kuasa Eksekutif Persekutuan terletak di bawah Yang di Pertuan Agong tetapi *dalam masa yang sama bolehlah dijalankan oleh Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri. Dalam perjalanan biasa pentadbiran Kerajaan Persekutuan, segala urusan eksekutif adalah di bawah Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang akan memberikan nasihat kepada Yang di Pertuan Agong*.

5.Tindakan DOJ jelas menyebut bahawa Malaysia Official 1 ialah seorang penjawat awam, justeru ianya jelas bukan Yang di Pertuan Agong kerana  *Yang di Pertuan Agong bukan penjawat awam. Ini menjelaskan lagi bahawa MO1 ialah Perdana Menter*i. Justeru *pentafsiran Nawawi adalah dangkal dan terkeluar dari konsep Perlembagaan*.

6.Samada Nawawi merujuk kepada tindakan DOJ atau tidak bukan isunya tetapi tindakan Nawawi *menyifatkan MO1 di bawah Perlembagaan ialah Yang di Pertuan Agong adalah salah dan jelas menghina dan berniat jahat terhadap Yang Di Pertuan Agong yang menjadi payung Persekutuan*.Polis perlu segera bertindak terhadap Nawawi.Kerana *tidak wajar seorang Ahli Parlimen bertindak menghina,jahat dan biadap terhadap Yang Di Pertuan Agong*.

#TangkapMO1
#TangkapNawawi
#DaulatTuanku
#SelamatkanMalaysia.

*DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
5.30pm Taman Al-Walid Alor Setar
19 Ogos 2016/16 Zulkaedah 1437H.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...