TERKINI :

Wednesday, August 17, 2016

Laporan polis ke atas MP Umno dakwa 'Agong MO1'


Satu laporan polis dibuat terhadap seorang wakil rakyat Umno kerana merujuk Malaysia Offcial 1 sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Anina Saadudin, bekas pemimpin Umno yang kini bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), membuat laporan terhadap anggota parlimen Langkawi Nawawi Ahmad hari ini.

Menulis di Facebook, beliau berkata laporan itu dibuat dibuat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi.

“Saya telah memohon agar pihak PDRM mengambil tindakan menyiasat pernyataan ini bagi memastikan institusi diraja yang merupakan institusi perlembagaan yang luhur terus dipandang tinggi oleh rakyat jelata,” katanya.

Nawawi dalam tulisan di Facebook berkata berdasarkan perlembagaan, Agong ialah MO1 yang bertanggungjawab terhadap kerajaan.

Selepas empat jam, beliau kemudian menyuntingnya dengan menulis MO1 bukan perdana menteri.

Dalam komennya kemudian, Nawawi berkata, beliau tidak bercakap dalam konteks saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat, tetapi daripada segi perlembagaan.

Malaysiakini telah menghubungi Nawawi untuk mendapatkan penjelasan berkaitan tulisan itu dan mengapa suntingan susulan dibuat.

MO1, menurut DOJ adalah seorang pegawai awam kanan yang didakwanya menerima AS$ 731 juta dana yang disalurkan dari 1MDB dan mempunyai pertalian dengan anak tiri Najib, Riza Aziz.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata hanya orang bodoh tidak tahu siapa MO1, manakala pembangkang menuding jari kepada Najib.

Najib menafikan dakwaan menyalahgunakan dana awam dan mendakwa tuduhan seperti itu sebahagian komplot menjatuhkannya.

SUMBER : KLIK SINI

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...