TERKINI :

Tuesday, August 23, 2016

KPPHM: Pakatan Harapan & BERSATU Perlu Waspada Dengan PAS

Kenyataan Akhbar Kelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia (KPPHM)

Surat Terbuka Untuk Pemimpin BERSATU Dan PAKATAN HARAPAN


1. Sekalung tahniah kepada pemimpin protem BERSATU kerana melahirkan BERSATU serta memilih nama parti yang tepat sebagaimana tepatnya nama parti AMANAH. KPPHM yakin BERSATU akan mjadi fobia kepada Najib dan UMNO Najib sebagaimana fobianya Hadi dan PAS Hadi kepada AMANAH.

2. Berdasarkan pengamatan KPPHM, BERSATU akan menjadi pilihan ramai kepada ahli dan penyokong UMNO khususnya daripada grass root UMNO yang tiada agenda kepentingan peribadi sebagaimana sokongam serupa yang diterima oleh AMANAH.

3. KPPHM menyambut baik & penuh kesyukuran akan kesediaan BERSATU untuk bersama-sama dgn pembangkang lain bagi membentuk satu pasukan pembangkang yang kuat dan bersatupadu untuk berdepan BN secara satu lawan satu.

4. Namun BERSATU dan Pakatan Harapan wajib berhati-hati dan berwaspada dengan PAS yang terkenal dengan sejarah pengkianatan terhadap sesama rakan pembangkang dalam isu tindan kerusi dan pembahagian kerusi. Mereka yakni PAS (bukan PAS) dengan mudah langgar keputusan parti mereka sendiri serta perlekehkan konsesus parti-parti pakatan pmbangkang.

5. Lihat contoh pengkianatan kepada Parti Melayu S46 pada PRU 1990. Bukan sahaja mereka tindan kerusi d Terngganu & Johor, malah kempen sulit dilakukan bersama calon-calon UMNO utk kalahkan Parti Melayu S46 di beberapa kawasan tertentu. Demikian juga pengkianatan PAS kepada Keadilan dlm PRU 13 dengan tindan 7 kerusi Keadilan. Tak cukup dengan tindan kerusi, demi halalkan perbuatan khianat tersebut lalu dituduhnya calon-calon rakan sebagai pengedar pil kuda & terlibat dengan penyebaran ideologi Komunis.

6. Apakah jaminan PAS tidak akan lakukan perkara yang sama jika pakatan pembangkang yang baru turut disertai PAS? Apakah keyakinan rakyat yang menyokong pembangkang tidak terjejas dengan penyertaan PAS? Apakah tidak mungkin berlaku sekali lagi pakatan pembangkang menjadi bertambah huru hara dengan penyertaan PAS?

7. Mood rakyat untuk singkirkan Najib dan UMNO Najib berpihak kepada pembangkang. Janganlah hendaknya mood ini berubah menjadi mood protes kepada pembangkang pula dengan beralih sokongan kepada BN semula.

8. Semoga pemimpin BERSATU dan Pakatan Harapan memikirkan semula untuk terus mengajak PAS sertai pakatan pembangkang yang baru. Biarkanlah PAS dgn PIGSnya untuk terus menjadi tongkat Najib dan UMNO Najib.

SELAMATKAN MALAYSIA

Reformis CML
Presiden KPPHM

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...