TERKINI :

Wednesday, August 10, 2016

KJ seriau dengan parti baru, sebab target nak curi ahli UMNO...

'Hati-hati parti baharu, mereka sasar ahli kita'

Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menggesa ahli Umno tidak mengambil ringan penubuhan parti baharu yang akan diterajui bekas orang nombor dua parti itu.

Menurutnya, penubuhan parti yang diterajui bekas Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyasarkan ahli-ahli dan penyokong Umno sebagai ahli mereka.

"Saya harap kita perlu diambil serius kerana ia bukan ditubuhkan oleh orang yang tidak ada pengalaman dalam politik.

"Saya yakin kita dapat meyakinkan ahli kita dengan penyokong kita untuk terus sokong Umno tapi perlu beri penekanan yang serius terhadap perkara ini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bersama pemuda Barisan Nasional, di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, sentimen terhadap bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad masih lagi ada dalam kalangan ahli Umno dan kita tidak mahu mereka keliru dan memberi sokongan kepada parti baru ini.

"Kita kena nyatakan parti baharu ini adalah parti lawan terhadap Umno bukan ditubuhkan untuk bantu Umno," katanya.

Katanya, ahli dan penyokong mestilah diberi penerangan berkenaan isu-isu yang dibangkitkan parti ini serta mengurus persepsi supaya tidak ada ahli Umno menyokong parti tersebut.

"Kita pandang serius perkara ini. Saya telah turun ke setiap bahagian pada perasmian mesyuarat bahagian untuk memberi pendedahan kepada setiap ahli Umno khusus tentang matlamat parti baharu.

"Mereka adalah lawan kita dan isu dibangkitkan parti ini juga perlu dijelaskan supaya setiap ahli kita tidak terpengaruh," katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...