TERKINI :

Tuesday, August 23, 2016

Kisah penipuan penggunaan kad kredit RHB di TESCO.. berhati-hatilah...

Pagi tadi 17/6/2016 pukul 11.11am saya terima msg dari nombor 011-31098229. 

Msg tersebut seperti berikut:

*RM0.00 RHB: MYR 3998.00 was charged on your card num**97 at POH KONG-AMPANG TESCO on 17/08.Call 03-21683627  if you did NOT perform this transaction.*

Saya yang tak ada credit card RHB terus terperanjat dan call nombor yg diberikan. Telefon saya dijawab oleh seorang lelaki cina yang menggunakan nama Jack Tan. Dia memberitahu saya yang card credit RHB Visa Gold Card bernombor 4570 6600 0122 2397 saya di apply pada 30 Jun 2016 di Tropicana City Mall. Dan jumlah yang dibelanjakan total RM7,428.90.

Saya memberitahu dia yang saya ingin segera ke balai polis dan dia memberitahu saya kes fraud kad kredit sgt serius di Malaysia sehingga kerajaan mewujudkan satu badan untuk menangani kes pemalsuan kad kredit. Dia meminta saya menelefon bank negara bahagian pemalsuan kad kredit di nombor berikut:
03-2772 7386.

Apa yang membuatkan saya muskyil, bila saya memberitahu saya ingin membuat laporan polis dahulu. Dia berkeras menyuruh saya menelefon bank negara di nombor yang diberikan terlebih dahulu. Dan mengatakan ini bukan criminal.
Saya mengiyakan dan terus *google* nombor bank negara.

No sebenar bank negara ialah *1300885465*

Saya dimaklumkan oleh bank negara sms yang saya terima *bukan* daripada RHB Bank. Dan dah ramai yang terkena. Pegawai bank negara beritahu saya, nasib baik saya google dan cek nombor bank negara sebenar. Beliau juga memberikan saya no RHB Bank yang sebenar kepada saya 03 9206 8118.

Saya menelefon RHB Bank dan diberitahu ramai yang terkena. Jumlah yang sama, no credit card yang sama dan digunakan di poh kong tesco ampang juga. Kes ini bermula sejak sebelum raya 2016. Jika orang yang menerima sms menelefon no bank negara yang diberikan dan memberi maklumat kad kredit/debit lain. Semua duit lesap.

*Honeyaisha, Melaka.

*Tolong VIRALKAN msg ni*

Pihak bank sendiri beritahu kes ini masih dalam siasatan tetapi ramai yang terkena. Duit lesap dan kad credit disalahguna.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...