TERKINI :

Saturday, August 6, 2016

Kerana UMNO, Nik Abduh Sanggup Berdusta & Memfitnah Ayahnya Sendiri?


Ayah pernah ramal kematian Pakatan, kata Nik Abduh

Bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah meramalkan kematian Pakatan Rakyat kerana DAP, dakwa anaknya Nik Abduh.

"Ayah tahu Pakatan semakin lemah. Oleh kerana DAP menentang agenda PAS dan enggan bertolak ansur dan berkelakuan dengan cara yang kasar," kata Ahli Parlimen Pasir Mas kepada akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily.

Pakatan Rakyat terkubur Jun tahun lalu berikutan perbezaan pendapat antara PAS dan DAP mengenai hudud, empat bulan selepas Nik Aziz meninggal dunia.

https://2.bp.blogspot.com/-B1igDsa7KHw/V6LaAgjt9rI/AAAAAAAB-XQ/QN_Hq7jWLb4wrarQqGyccsrfVVBu2NtQQCLcB/s1600/TGNA2.jpg

DAP bergabung dengan PKR dan parti serpihan PAS iaitu AMANAH untuk membentuk Pakatan Harapan manakala PAS menyifatkan dirinya sebagai kumpulan kuasa ketiga pembangkang.

Menurut Nik Abduh, sikap saling menghormati di antara PAS dan DAP terkubur dengan pemergian bapanya dan pengerusi DAP Karpal Singh.

Walaupun kedua-dua mereka kelihatan bertelagah secara berterusan di media, beliau berkata bapanya dan Karpal bersikap saling menghormati mendalam antara satu sama lain.

Karpal meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2014. -mk

ULASAN GB

Kenyatan yang dibuat oleh Nik Abduh amat meragukan.

Yang pertama beliau mendakwa Allahyarham ayahandanya, "TG Nik Aziz pernah meramalkan kematian Pakatan Rakyat kerana DAP".

Meragukan kerana belum pernah dijumpai mana-mana kenyataan Allahyarham menyatakan begitu kecuali inilah kali pertama Nik Abduh menyatakan sedemikian.

Walhal semua rakyat tahu bahawa Allahyarham orang yang paling kuat mempertahankan Pakatan Rakyat. Ini terbukti melalui kenyataan anakanda Allahyarham yang seorang lagi, Nik Omar namanya iaitu abang kepada Nik Abduh.


Kedua ialah kenyataan-kenyataan Allahyarham sendiri mengenai DAP. Sekalipun DAP menolak hudud, TG Nik Aziz tidak pernah menjadikan ia sebagai satu masalah besar yang boleh menggugah Pakatan Rakyat. TG Nik Aziz melihat itulah peluang besar bagi PAS untuk terus berdakwah.


Malah di satu ketika TG Nik Aziz menyatakan bukan satu masalah besar orang Melayu menyertai DAP.


Berbanding dengan Haji Hadi yang mengutuk DAP dan memuji MCA, Allahyarham Nik Aziz mengambil pendirian yang berbeza:



Selain daripada itu, adalah tidak wajar untuk menyatakan TGNA "meramalkan" kerana TGNA bukan seorang tukang ramal.

Dan seperkara yang tidak dapat dinafikan kebenaran ialah Nik Abduh ingin membawa PAS mendekati UMNO. Semua orang tahu hal itu. DI satu ketika beliau menyatakan PAS bukan saja berniat malah berazam untuk bersatu dengan UMNO. Ia bukan fitnah.



Cukup-cukuplah menjadikan dan menggunakan nama ayahandamu sebagai sandaran untuk melaksanakan cita-citamu untuk bersama UMNO!

Binalah ketrampilan diri sendiri untuk populariti bukan bersandar kepada orang yang telah pergi apatah lagi sikap warak dan zuhud TG Nik Aziz tidak kamu ikuti. Jauh panggang dari api! 

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...