TERKINI :

Monday, August 22, 2016

Husam & Mathias Chang - Kita menang saman, wangnya milik negara

MATTHIAS CHANG: KITA MENANG SAMAN WANGNYA MILIK NEGARA

Husam_Matthias_Chang saman 1mdb riza aziz jho low

Datuk Husam Musa dan Matthias Chang mengambil tindakan saman sivil ke atas lapan individu dan syarikat di Amerika Syarikat bagi menuntut gantirugi dari mereka diatas kehilangan wang 1 Malaysia Development Berhada (1MDB).

Dalam sidang media hari ini Husam berkata, tujuan tuntutan ini dibuat difokuskan kepada usaha untuk membawa balik harta yang dicuri atau dirompak dari rakyat Malaysia.

“Kita fokus kepada harta yang dicuri bukan pencuri atau perompaknya,” kata Husam dalam sidang media yang penuh sesak dengan wartawan dan jurugambar itu lapor Malaysia Dateline.

Turut serta bersama Husam adalah Datuk Zainur Zakaria, bekas presiden Majlis Peguam Malaysia yang banyak membantu tindakan ini.

Zainur dalam kenyataannya hari ini berkata, tindakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika adalah bagi pihak kerajaan mereka manakala tindakan Husam dan Matthias adalah bagi pihak rakyat Malaysia.

Ini berikutan kegagalan pegawai yang dilantik oleh kerajaan gagal melaksanakan tugas ini.

“Pegawai kita yang sepatutnya bertindak lebih kepada mencari makan saja,” kata Zainur kesal dengan kelemahan dan kegagalan mereka bertindak bagi pihak negara.

Matthias pula berkata, semua pihak patut bersama menyokong tindakan ini kerana ia adalah ‘class action’ iaitu mereka berdua hanya mewakili wakyat negara ini.

“Apabila kita menang nanti, wangnya adalah milik negara bukan dapat kepada kita pun,” katanya.

Matthias juga berkata, semua pihak patut mengucapkan terima kasih kerana peguam Amerika sedia mengambil kes ini secara sukarela dengan bayaran yang berpatutan sahaja.

Datuk Husam Musa menyifatkan, adalah satu perkara yang mengaibkan jika tidak dibuat sebarang tindakan untuk mengambil balik wang yang dicuri melalui 1MDB.

Tindakan ini tidak berniat untuk berlawanan dengan mana-mana pihak di Malaysia tetapi sekadar menuntut hak rakyat.

“Kami akan maklumkan kepada Yang Dipertuan Agung dan Perdana Menteri tentang tindakan ini agar dapat kerjasama semua pihak dalam tindakan ini dan doakan kejayaannya,” kata bekas naib presiden Pas itu dalam sidang media pagi ini bersama Matthias Chang.

Husam dan Matthias mengambil tindakan saman sivil ke atas lapan individu dan syarikat di Amerika Syarikat bagi menuntut gantirugi dari mereka diatas kehilangan wang 1 Malaysia Development Berhada (1MDB).

Saman itu difailkan di Mahkamah Daerah New York Selatan Khamis, 11 Ogos lepas (Jumaat 12 Ogos waktu Malaysia) oleh sebuah firma guaman di sana.

Lapan defendan yang dinamakan Husam dan Matthias adalah Riza Shahriz bin Abdul Aziz, Low Taek Jho, Golman Sachs Group Inc, Timothy Leissner, Christopher Joey McFarland, Red Granite Pictures Inc, Debra Whelan Johnson, Metropolis 1X Capital Advisors.

Red Granite Pictures adalah penerbit filem Wolf of Wall Street; syarikat yang diasaskan bersama Christopher Joey McFarland; Riza Aziz dan Jho Low, ahli perniagaan dari Pulau Pinang yang dikatakan kawan kepada Riza.

Bank pelaburan Goldman Sachs turut dinamakan bersama bekas pengurus banknya Timothy Leissner, yang mengatur bon dengan nilai berbilion dolar daripada 1MDB. Timothy didakwa mengambil sogokan dalam bentuk komisen.

Turut dinamakan ialah pengurus perniagaan Riza, Debra Whelan Johnson dan syarikatnya, Metropolis 1X. Mereka dituduh menguruskan wang Riza dengan pengetahuan ia diselewengkan.

Menurut dokumen mahkamah, Matthias dan Husam mendakwa semua defendan sedar menggunakan wang yang dicuri daripada 1MDB untuk kepentingan peribadi masing-masing, termasuk menganjurkan parti untuk bintang Hollywood Leonardo DiCaprio.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...