TERKINI :

Monday, August 22, 2016

Dakwa Agong MO1: MP BN Langkawi mohon maaf pada DYMM Tuanku

https://1.bp.blogspot.com/-qx0YFeUEfJg/V7P0av3L7NI/AAAAAAACZRw/VBMu-iDmhzc446YZ9Ozq-oVpmYzNrNdKACPcB/s1600/nawi%2Blangkawi.jpg
Anggota Parimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad hari ini memohon ampun daripada Yang di-Pertuan Agong berhubung kekeliruan dengan istilah ‘Malaysian Official 1' atau ‘MO1" di lama siosial minggu lalu.

Katanya, beliau tidak berniat untuk mengaitkan Seri Paduka tetapi ia menjadi viral oleh pihak tertentu dengan fahaman yang lain daripada apa yang cuba dinyatakannya,

“Patik sebagai rakyat bawahan Kedah dan Malaysia, menjunjung kasih ke bawah Duli Tuanku dengan ketinggian ketaatan yang tiada tolok bandingnya, dan amat menyesal dengan apa yang berlaku.

“DYMM Tuanku adalah suci dan bersih dari segala hal pergolakan politik rakyat jelata dan tidak ada secebis zarah pun kaitan dengan isu DOJ (Jabatan Keadilan, Amerika Syarikat) dan 1MDB.

“Oleh itu, patik dengan rasa rendah diri dan penuh tanggungjawab memohon sejuta keampunan dari Tuanku sekiranyaperkara yang menjadi viral ini menyentuh dan mengguris hati kecil di sanubari Tuanku,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam tulisan di Facebook minggu lalu, yang disunting empat jam kemudian, ahli parlimen Langkawi itu, berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab terhadap kerajaan.

http://mk-cdn.mkini.net/1031/7cae86b21fc0929ddef58c8322722dcf.jpg"Menurut perlembagaan negara, kerajaan negara ini dibentuk dari tiga entiti utama yang berasingan dan independen (bebas) - badan kehakiman diketuai oleh Ketua Hakim Negara, badan perundangan parlimen oleh Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin (Mulia) dan badan ekskutif (yang) diketuai oleh perdana menteri.

"Semua ketiga-tiga badan ini bertanggungjawab kepada Agong.

"Maka, mengikut perlembagaan, MO1 ialah Agong," katanya.

Dalam versi yang disunting, baris terakhir dalam posting telah digantikan dengan perkataan, "Maka, mengikut perlembagaan MO1 bukan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) kerana dia (adalah sama ada) MO2, MO3, atau MO4."

Dalam komennya kemudian, Nawawi berkata, beliau tidak bercakap mengenai MO1 dalam konteks saman mahkamah DOJ, tetapi sebaliknya dari segi perlembagaan.

Berikutan tulisan itu, Nawawi dibidas pelbagai pihak dan ramai yang mendesaknya supaya memohon maaf dengan PERKASA mahu Yang di-Pertuan Agong bertindak dengan manarik balik gelaran ‘datuk’ yang diberikan kepada Nawawi.

Semalam, Yang Dipertua Majlis Kerabat Diraja Kedah Syed Idrus Syed Baharom berkata institusi Raja-raja Melayu tidak wajar dipermain-mainkan.

"Tuanku Yang di-Pertuan Agong adalah pemerintah (negara) dan baginda bukan pentadbir. Justeru mengapa kita libatkan dia?" katanya.

Nawawi dalam kenyataannya turut memohon ampun dan maaf kepada Majlis Kerabat Diraja Kedah.

Sambil menyatakan kekesalannya, beliau juga berjanji untuk sangat berhati-hati di masa hadapan apabila membuat kenyataan atau sebarang komen di media sosial khususnya membabitkan Seri Paduka.

“Ampun Tuanku sembah patik beribu-ribu ampun. Pohon keampunan jua dari DYMM Tuanku terhadap patik sebagai rakyat yang setia pada DYMM Tuanku,” katanya.

MO1, menurut DOJ adalah seorang pegawai awam kanan yang didakwanya menerima AS$ 731 juta dana yang disalurkan dari 1MDB.

DOJ juga berkata MO1 mempunyai pertalian dengan anak tiri Najib, Riza Aziz.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata bahawa hanya orang bodoh tidak tahu siapa itu MO1, manakala pembangkang menuding jari kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib, bagaimanapun, menafikan dakwaan menyalahgunakan dana awam, dan mendakwa tuduhan seperti itu adalah sebahagian daripada plot untuk menjatuhkannya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...