TERKINI :

Saturday, August 20, 2016

Bung Moktar disoal SPRM berkaitan 'pelaburan Felcra'

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyoal pengerusi Felcra, Datuk Bung Moktar Radin sekurang-kurangnya lima jam hari ini.

Ia dipercayai berkaitan dengan beberapa unit pelaburan amanah yang dibuat oleh agensi itu.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu, tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 9.40 pagi dan terus masuk ke bangunan.

Bung Moktar enggan bercakap dengan media sebaik tiba, tetapi dilihat memberi isyarat 'ok' sebelum memasuki bangunan itu.

Malaysiakini telah menghantar sms kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Dzulkifli Ahmad dan ketua siasatan Datuk Azam Baki untuk mendapatkan komen.

Sehingga jam 3 petang itu Bung Moktar yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno masih disoal dan belum meninggalkan premis SPRM.

Pegawai SPRM berpakaian biasa yang berada di lobi berkata ia mungkin mengambil sedikit masa.

Semalam, Malaysiakini melaporkan SPRM dijangka memanggil seorang ahli Parlimen Umno untuk disoal siasat.

MK

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...