TERKINI :

Saturday, August 6, 2016

Apabila Ustaz Pejabat Agama berkelulusan SPM pertikai ustaz ada PhD

Ustaz Pejabat Agama.

Secara umumnya, saya tiada masalah dgn pejabat agama. Ramai kenalan saya di sana. Setiap kali masjid2 tertentu menjemput saya berceramah dan memohon kebenaran, pejabat agama akan berikan kelulusan.

Tetapi ada seorang staf pejabat agama seorang ini suka sangat perlekehkan PhD seorang penceramah. Sedangkan dia sendiri minta kerja di pejabat agama hanya dgn kelulusan SPM sahaja.

Pernah satu ketika seseorang menyebut nama saya dgn panggilan Ustaz Jailani, dia terus membantah sambil berkata Ustaz Jailani hanyalah lawyer bukan ustaz pun.

Bila tiba giliran dia perkenalkan diri kpd orang ramai, tanpa segan silu dia perkenalkan dirinya sebagai Ustaz X. Baru lah saya tahu rupanya pemegang ijazah syariah tidak layak dipanggil ustaz tetapi pemegang SPM sebenarnya yg lebih layak dipanggil ustaz.

Lucu dgn telatah manusia seorang ini. Rasa hebat sangat dgn gelaran ustaz.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...