TERKINI :

Wednesday, August 3, 2016

Apabila menteri otak udang buat cadangan bangang "kutip derma"..ini jawab PIBG

Kutip derma? Kami bukan bank untuk sekolah, jawab PIBG

PETALING JAYA: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bukan perunding kewangan atau bank untuk jana biaya penyelenggaraan sekolah, tegas Presiden PIBG Nasional menjawab cadangan mewajibkan persatuan mengutip derma untuk selenggara sekolah.

Prof Madya Mohamad Ali Hassan berkata PIBG adalah sistem sokongan dalam hal displin pelajar, pencapaian akademi dan bukan akademi, keselamatan dan kebersihan sekolah.

“Beri dana kepada sekolah dibuat atas dasar sukarela. Mengapa tidak minta tambahan wang daripada syarikat milik kerajaan (GLC). Mengapa kita pula yang perlu tanggung penyelenggaraan sekolah,” katanya.

Beliau menambah banyak sekolah terletak di kawasan desa, terpencil dan pedalaman dimana ibu-bapa tidak mampu jana wang untuk sekolah.

“Barangkali sekolah yang mewah boleh menjana 50% daripada penyelenggaraan sekolah tetapi tidak boleh dijadikan kewajipan. Sebenarnya ia bergantung kepada sekolah masing-masing,” katanya.

Beliau berkata ahli persatuan menjalankan aktiviti kutip derma untuk selenggara sekolah, dan “semua orang gembira kerana ia dibuat secara sukarela. Tiada paksaan. Tanggungjawab selenggara sekolah tidak boleh diserahkan kepada PIBG.”

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...