TERKINI :

Sunday, August 14, 2016

Apa pendirian SPR mengenai "pengakuan" Idris Haron?

Tidak berapa lama selepas membuat dakwaan bodoh bahawa kerajaan Amerika Syarikat mahu membunuh orang-orang Melayu, Ketua Menteri Melaka Idris Haron kembali menunjukkan perangai bebal beliau sebagai pembodek #MalaysianOfficial1.

"Pengakuan" Idris bahawa UMNO akan menggunakan SPR untuk membuat persempadanan semula dan pertambahan kerusi bertujuan memenangkan mereka yang sudah pada tahap "nyawa-nyawa ikan" ini adalah satu kenyataan politik yang tidak bertanggungjawab.

Sewaktu ratusan ribu rakyat Malaysia turun ke jalanan dalam Siri perhimpunan Bersih, UMNO mendakwa mereka tidak pernah memperalatkan jentera demokrasi termasuk SPR, namun kini, setelah tembelang terbongkar satu persatu, tanpa malu Idris menunjukkan belang sebenar beliau dan pimpinan UMNO.

Adakah rakyat rela melihat jentera yang sepatutnya menjadi penjamin perjalanan demokrasi seperti SPR terus diperkotak-katik dan hanya dijadikan alat untuk memporak-peranda pengundi dan mengubah tempat mengundi mereka mengikut telunjuk UMNO-BN ?

Di Bukit Katil, Idris mengumumkan akan berlaku 2 kerusi tambahan yang akan melonjak undi Melayu daripada 53% kepada 67% bagi memastikan UMNO dapat menawan semula Parlimen Bukit Katil. Adakah pengumuman ini dibuat setelah beliau mendapat "kebenaran" daripada SPR ? Sekiranya ini benar, ianya merupakan pencabulan demokrasi yang rakus demi memuaskan serakah politik UMNO-BN yang gagal menerima hakikat pengundi di Bukit Katil telah menolak mereka.

Saya ingin mencabar Pengerusi SPR untuk menyatakan pendirian mengenai pengumuman ini. Saya memberi amaran kepada Idris Haron untuk tidak menggunakan SPR sebagai talian hayat UMNO-BN di Melaka.
Jangan jadi ketua yang bacul, masuk ke gelanggang secara adil !

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ahli Parlimen Bukit Katil
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Melaka
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...