TERKINI :

Saturday, August 6, 2016

Amanah sambut baik cadangan Pas, gesa mesyuarat pembangkang segera


Amanah menyambut baik kesediaan sesetengah pemimpin Pas untuk memastikan satu lawan satu dalam pilihanraya umum akan datang dan mencadangkan agar sidang meja bulat dibuat segera.

Timbalan presiden Amanah, Salahudin Ayub mencadangkan semua parti pembangkang bermesyuarat segera untuk membentuk pakatan bersama.

"Saya cadangkan semua pemimpin parti pembangkang bermesyuarat segera untuk membincangkan perkara ini.

"Amanah bersedia untuk duduk semeja dengan Pas untuk tujuan ini," kata Salahudin kepada Malaysiadateline.

Salahudin mengulas kesediaan sesetengah pimpinan Pas yang dimulakan oleh Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengajak semua parti pembangkang menghentikan serangan sesama mereka.

Saranan beliau disokong oleh naib presiden Datuk Mohamad Amar Abdullah dan semalam ketua pengarah pilihan raya Pas, Datuk Mustafa Ali turut menyokong cadangan itu.

Mustafa berkata, berdasarkan kajian dan analisis Jabatan Pilihan raya PAS (JPP) Pusat, pertandingan 'satu lawan satu' adalah cara terbaik untuk menghilangkan kuasa Umno BN yang memerintah hari ini.

"Kalau pertandingan melawan BN lebih daripada 'satu lawan satu', ia memberi laluan mudah kepada Umno BN untuk terus berkuasa.

"Ini tidak bagus kerana menjadikan Umno BN lebih angkuh dan terus melakukan penyelewengan dan menyalahgunakan kuasa yang melemaskan rakyat," ujarnya sebagaimana yang dilaporkan oleh laman rasmi Pas, Harakahdaily.

Bagi Salahuddin, kegawatan negara semakin kritikal sekarang ini.

Katanya, kerjasama ini perlu bagi menyelamatkan negara dari terjerumus lebih parah lagi dan bersedia kemingkinan pru14 lebih awal.

"Kita sedia berbincang bagi merumuskan agenda besar menyelamatkan negara dan menumbangkan umno-bn," katanya.

Salahuddin mengajak semua pihak khasnya Pas berjiwa besaremgatasi kepentingan parti.

"Saya yakin kita akan dapat mengatasi kepentingan kepartaian demi kemaslahatan rakyat dan kedaulatan-kemakmuran negara," katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...