TERKINI :

Saturday, August 6, 2016

Akhirnya Ladang Anggur di Tasik Beris & Sungai Senam Sik ditutup.

Ladang anggur ditutup

SIK - Ladang tanaman anggur di Tasik Beris dan Sungai Senam yang diusahakan Syarikat Excel Agrotech Sdn Bhd kini ditutup akibat penjagaannya yang rumit.

Penyelia ladang anggur Sungai Senam, Mohd Nor Azizi Ismail berkata, kedua-dua ladang yang beroperasi selama 10 dan lapan tahun itu ditutup pada 6 Mei lalu.

Menurutnya, beberapa pekerja terpaksa diberhentikan, namun dibayar pampasan.

“Sebelum ini ladang anggur di Tasik Beris dipindahkan di Sungai Senam untuk tanaman semula, tetapi sebab penjagaan yang begitu rumit kedua-duanya ditutup, Mei lalu.

“Mengusahakan tanaman anggur rumit, hasilnya tidak menentu, bunga anggur juga mudah terbakar sekiranya cuaca terlampau panas,” katanya di sini semalam.

Mohd Nor Azizi berkata, dia sedih dengan penutupan itu dan ladang anggur mungkin tidak akan dibuka lagi.

“Selepas ini mungkin ladang anggur di sini tidak lagi dibuka, rasa sedih bila ladang anggur yang merupakan kebanggaan bagi daerah Sik terpaksa ditutup,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.547461!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_700/image.jpgBagaimanapun, pihak pengurusan ladang anggur kini menggantikan tanaman itu dengan buah rock melon.

“Buah ini dipilih majikan sebagai ganti kepada anggur, ia mudah dijaga dan mempunyai permintaan tinggi.

“Hasilnya pula empat kali setahun berbanding anggur dua kali setahun,” katanya.

Mohd Nor Azizi berkata, sebayak 2,000 pokok kini sedang diusahakan di atas tanah seluas 12.96 hektar di Sungai Senam.

“Buah ini baru diusahakan, setakat ini pihak ladang masih belum membukanya untuk sebarang lawatan ,” katanya.

Tambahnya, beliau berharap tanaman buah rock melon akan maju dan berjaya pada masa akan datang.

“Rock melon boleh jadi produk buah hasil keluaran daerah Sik,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...