TERKINI :

Wednesday, August 24, 2016

Adakah TNB sengaja cuai dalam proses penukaran no. akaun baru pengguna?

KENYATAAN MEDIA

23 OGOS 2016

ADUAN BERKENAAN BIL TNB, ADAKAH TNB SENGAJA CUAI ?

1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendapat banyak aduan berkenaan bil Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang kelihatan sengaja cuai dan boleh dianggap menipu. TNB kononya mempertingkatkan sistemnya dengan menukar nombor akaun pelanggan tanpa memaklumkan pelanggan. Pertukaran nombor akaun ini telah menyebabkan banyak wang pelanggan hilang.

2. Contohnya ialah pelanggan yang membayar secara auto debit (arahan bank) atau membuat bayaran dengan permindahan atas talian (online) melalui ‘favorites account’ akan membuat pembayaran kepada akaun lama bil TNB mereka. Ramai terkejut apabila bulan ini menerima bil baru dengan jumlah tertunggah yang menunjukkan bulan lepas tidak dibayar walaupun mereka sudah bayar melalui atas talian atau arahan bank.

3. Contoh kedua ialah pelanggan yang membayar lebih dengan nilai negative di bil. Sepatutnya bil baru terus ditolak dengan baki lebihan bulan lepas malangnya apabila nombor akaun bertukar jumlah lebihan tersebut tidak dibawa kehadapan.

4. Bila panggilan dibuat ke TNB Careline, telefonis yang menjawab meminta pelanggan agar pergi ke kaunter TNB membawa bil lama dan bil baru bagi mengemas kini akaun mereka kononya TNB ada sedikit masalah kerana pertukaran sistem yang mana nombor akaun pelanggan bertukar.

5. Kenapa TNB tidak memaklumkan kepada pelanggan berkenaan pertukaran sistem yang membawa kepada pertukaran nombor akaun pelanggan pelanggan ? Jika pelanggan sedar dan tampil ke kaunter TNB membuat pembetulan dan penyelarasan maka selamatlah wang tetapi berapa ramai yang tak sedar dan berapa puluh juta TNB ‘menggelapkan’ wang pelanggan melalui cara ini. TNB digesa tampil meminta maaf dan menyelesaikan perkara ini segera.

6. Sebelum ini SAMM pernah membangkitkan TNB mengutip dalam bil dinyatakan sebagai Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baru sekitar 1% yang dilihat sebagai pemerasan kecil yang akhirnya membawa jumlah jutaan ringgit kemana sebenar dan berapa jumlah kutipan TNB masih gagal perjelaskan.

Sekian

Faisal Zainal
Penyelaras Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...