TERKINI :

Monday, August 22, 2016

Adakah APANDI ALI merangkap PEGUAM NEGARA sudah berada di AMERIKA sekarang ini..???

Shahbudin Husin, 

http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/08/apandi-ali-department-of-justice-1mdb.jpg
Hari ini, 22 Ogos adalah tarikh yang sepatutnya bermula perbicaraan saman sivil Jabatan Kehakiman AS terhadap empat individu untuk membeku aset-aset mereka yang didakwa dibeli dengan menggunakan wang 1MDB yang dilencongkan.

Oleh kerana waktu Los Angelas adalah terkebelakang 15 jam berbanding waktu Malaysia, kita mungkin hanya dapat mendengar khabar berita mengenai perbicaraan itu menjelang lewat malam nanti.

Mereka yang dinamakan dalam saman sivil itu ialah Jho Low, Riza Aziz, Khadem Al-Qubaishi dan Mohamad Al-Badawy. Aset yang ingin disita pula berjumlah AS$1 bilion atau kira-kira RM4,000 juta daripada AS$3.5 bilion atau RM14,000 juta yang dikesan oleh penyiasat FBI telah diselewengkan daripada 1MDB.

Mohamad telah ditahan oleh pihak berkuasa Abu Dhabi sejak sekian lama dan tidak dibenarkan meninggalkan negara tersebut. Khadem pula ditangkap di Abu Dhabi kira-kira seminggu yang lalu.
Tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua mereka akan hadir atau sebaliknya dalam perbicaraan hari ini untuk mempertahankan pelucutan hak aset yang diambil oleh Jabatan Kehakiman AS itu.

Begitu juga, tiada khabar berita sama ada Jho Low dan Riza Aziz akan hadir atau tidak. Juga tidak diketahui di mana kedua-dua mereka berada pada waktu ini.

Ada khabar mengatakan Riza Aziz berada di Malaysia pada minggu lalu, tetapi tidak dapat disahkan kebenarannya.

Jho Low juga begitu, tiada siapa tahu di mana beliau berada ketika ini. Cuma diberitakan kapal mewahnya sedang berada di perairan Hong Kong.

Dengan itu, tidak pasti sama ada mereka akan hadir dalam perbicaraan untuk mempertahankan aset-aset yang mahu dibekukan itu atau akan membiarkan saja ia dirampas oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Dalam waktu yang sama, Peguam Negara, Apandi Ali juga dilihat senyap seribu bahasa sejak akhir-akhir ini dan tidak  mengesahkan sama ada akan hadir atau tidak mengikuti perbicaraan tersebut.

Hanya pada 1 Ogos lalu, Apandi ada memberikan kenyataan untuk mempertimbangkan kemungkinan beliau sendiri atau menghantar pegawainya untuk hadir menghadiri perbicaraan itu.

Apakah Apandi atau pegawai Jabatan Peguam Negara sudah berlepas ke Amerika sekarang ini?

Jika Jho Low dan Riza Aziz tidak menghadirinya, keputusan perbicaraan barangkali sudah boleh dijangka dan ia pasti akan memasuki episod seterusnya seperti kemungkinan akan disusuli saman jenayah dan sebagainya.

Ketidakhadiran Jho Low dan Riza Aziz juga tentunya tidak memerlukan Apandi atau pegawainya hadir untuk mengikuti perbicaraan. 

Bagaimana jika Jho Low dan Riza Aziz tiba-tiba hadir, tetapi tiada sesiapa daripada Jabatan Peguam Negara Malaysia menunjukkan muka mereka?

Tidakkah ia bermakna Jho Low dan Riza Aziz seperti tidak diberikan sokongan moral oleh Malaysia?

Tak simpatikah kerajaan Malaysia pimpinan Najib kepada Jho Low dan Riza Aziz? (SH 22/08/2016).

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...