TERKINI :

Wednesday, August 3, 2016

541 peti undi seluruh Kelantan akan ada cawangan Amanah menjelang 31 Ogos

Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan kini dalam operasi menubuhkan cawangan di setiap daerah mengundi di seluruh negeri.

"Menjelang 31 Ogos ini, kita mensasarkan 541 cawangan ditubuhkan bagi mewujudkan sekurang-kurangnya satu cawangan bagi setiap peti undi," kata pengerusi Amanah negeri, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang ditemui di majlis bersama pelanggan Amanah Kelantan di perkarangan pejabat Amanah Kelantan.

Setiap pagi Rabu, Amanah Kelantan mengadakan hari bertemu pelanggan di Kiosk Bunga Raya berhadapan pejabat Amanah negeri.

Orang ramai mengambil kesempatan untuk menyampaikan aduan dan masalah masing-masing untuk ditangani di peringkat parti dan pihak berautoriti untuk diselesaikan.

Pagi ini Amanah didatangi tetamu istimewa iaitu Irfan Bakti Abu Salim, Jurlatih Felda United yang kebetulan berada di Kota Bahru kerana pasukannya akan bertemu pasukan Kelantan, TRW malam ini.

Irfan yang merupakan rakan lama Wan Rahim melahirkan rasa gembira kerana dapat bertemu rakan-rakan dari parti Amanah walaupun kesuntukan masa.

"Saya gembira dapat bertemu kawan-kawan, saya yakin parti apa pun yang mereka bersama tujuannya adalah untuk memperjuangkan hak rakyat dan kebaikan negara," katanya.

Antara isu yang dikemukakan dalam pertemuan hari ini adalah isu pengambilan tanah di Kampung Laut dan suasana tidak selesa peniaga dan pelanggan dalam proses perpindahan ke pasar baru Pasir Mas.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...