TERKINI :

Monday, August 1, 2016

14% tenaga kerja negara adalah orang asing

KUALA LUMPUR: Hanya 1% lagi untuk Malaysia capai had pekerja asing yang ditetapkan Putrajaya iaitu 15% daripada keseluruhan tenaga kerja negara.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata peratus pekerja asing berdaftar sekarang adalah 14% atau kira-kira dua juta daripada 14 juta tenaga kerja di negara ini.

“Kami harap lebih ramai majikan ambil pekerja tempatan supaya ia (pekerja asing) tidak lepasi had sekarang,” katanya dalam sidang media seusai majlis Hari Raya kementerian hari ini.

Ismail berkata majoriti pekerja asing digajikan untuk melakukan kerja 3D (kotor, bahaya dan merendahkan martabat) di sektor perladangan, perusahaan, pembinaan, keselamatan dan perkhidmatan.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...