TERKINI :

Wednesday, July 20, 2016

YDP Pas kawasan saman pemimpin Pas Pusat & bekas TMB Kelantan dalam isu tanah


Yang Dipertua Pas Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun hari ini memfailkan saman injunksi kepada syarikat Galeri Tani, milik pemimpin Pas, yang memilik sekeping tanah di Rantau Panjang.

Antara pemilik Galeri Tani ialah bekas bendahari Pas Pusat yang juga bekas TMB Kelantan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali.

Perkara ini dimaklumkan oleh bekas naib presiden Pas yang dipecat, Datuk Husam Musa dalam satu kenyataannya hari ini.

"Saya tidak berapa arif bagaimana dua orang kuat Pas itu boleh memiliki tanah baki dari apa yang telah dijual yang keluasannya masih ratusan ekar," kata Husam dalam kenyataan itu.

Husam juga berkata, tanah itu milik peribadi dan bukan milik Pas.

"Bagaimana orang Terengganu boleh mendapatkan tanah di Kelantan? Dari mana mereka mendapat wang membeli tanah seluas itu?.

"Bagaimana sebahagian tanah menjadi milik parti dan sebahagian lagi tanah di tempat yang sama menjadi milik individu yang ada kaitan dengan parti?" soal beliau.

Namun Husam dalam kenyataannya berkata, beliau tidak tahu, apakah Pas juga akan memecat Fatah kerana mendakwa orang kuat Pas ini.

Husam berada di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini untuk untuk menyambung keterangan sebagai saksi dalam kes saman oleh kontraktor Lebuh Raya Rakyat KB-KK ke atas anak syarikat Kerajaan Kelantan.

"Kerana memberi keterangan di mahkamah ini sebelum ini, saya dituduh memberikan keterangan secara bias, berniat serong dan mensabotaj Kerajaan Negeri - sampai membawa kepada pemecatan saya," katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...