TERKINI :

Saturday, July 23, 2016

Umno cuba ‘tegakkan benang basah’ isu 1MDB

khairuddin-abu-hassan_Tengku-Adnan_1mdb_600
PETALING JAYA: Bekas naib ketua bahagian Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa pemimpin Umno ‘cuba menegakkan benang yang basah’ dalam isu kontroversi menyelubungi 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau mencabar pemimpin Umno untuk berdebat mengenai kontroversi 1MDB menerusi RTM selepas Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menggesa ahli politik pembangkang usah bertindak terburu-buru.

Khairuddin mendakwa Tengku Adnan dan pemimpin Umno yang lain tidak menegakkan Islam kerana nampak seperti membiarkan gejala rasuah berleluasa.

“Sudah-sudahlah pemimpin Umno cuba hendak tegakkan benang yang basah.

“(Datuk Seri) Najib Razak (presiden Umno dan perdana menteri) perlu bertanggungjawab dalam skandal 1MDB,” kata Khairuddin dalam satu kenyataan hari ini.

“Pemimpin Umno hari ini tidak ada iman. Mereka patut ucap semula kalimah syahadah dan kembali beriman untuk menegakkan syiar Islam, berdasarkan kepada Al-Quran dan sunah.

“Adalah haram untuk bersubahat dengan rasuah. Pemimpin yang melanggarkan patut ditentang dan ditolak. Ajaran Islam tidak ada pilih kasih. Siapa yang buat salah perlu dihukum.”

Khairuddin mencabar Tengku Adnan untuk mengarahkan peguam negara dan ketua polis negara menghubungi peguam negara AS untuk mengetahui siapa individu yang dirujuk sebagai “Malaysian Official No 1” dalam tuntutan undang-undang yang difailkan bagi mendapatkan semula aset bernilai AS$1 bilion yang didakwa dibeli menggunakan wang dicuri daripada 1MDB.

“Pemimpin Umno perlu baca laporan penuh dari Pejabat Peguam Negara AS. Satu-satunya perkara yang saya takutkan ialah penyokong Umno yang lemah fikirannya tidak faham bahasa Inggeris.”

Khairuddin menepis kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Ab Aziz Kaprawi yang berkata tidak ada keperluan mewujudkan tribunal bebas untuk menyiasat tuduhan 1MDB kerana Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara sudah melakukannya.

“Siapa yang nak percaya ketidaktelusan PAC di Parlimen? Pengerusi PAC Datuk Hassan Ariffin sendiri mengaku melakukan perubahan terhadap laporan PAC tanpa pengetahuan ahli PAC,” katanya.

“Adakah mereka suruh kita berpegang dan percaya pada laporan PAC? Bodoh sangatkah pemimpin Umno?

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...