TERKINI :

Tuesday, July 5, 2016

Sumbangan tahunan KN P.Pinang kepada sekolah agama diteruskan

SEBAGAIMANA tahun-tahun sebelum ini, sumbangan tahunan kepada sekolah agama diteruskan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang.

Mewakili Ma'had Ad-Da'wah Al-Islamiyah ialah Ustaz Haji Subri Haji Arshad dan Yayasan An-Nahdhoh Pulau Pinang, Ustaz Mutalib Maarof.

Kedua-dua sekolah berkaitan masing-masing menerima sumbangan bernilai RM5,000.

Ustaz Mutalib ketika mengulas mengucapkan terima kasih di atas sumbangan berkaitan.

"Saya sebagai Ketua Yayasan An-Nahdhoh Pulau Pinang mengucapkan terima kasih di atas jemputan dan sumbangan Kerajaan Negeri.

"Saya sudah lama berhasrat hendak berjumpa dengan Ketua Menteri.

"Saya berasa sangat sedih dengan serangan yang bukan sahaja berlaku di Kuala Lumpur, malah juga Madinah kerana Madinah merupakan satu-satunya tempat umat Islam dapat beribadah dengan tenang,'' katanya pada majlis sumbangan berkaitan tadi.

Penyampaian sumbangan tersebut disempurnakan oleh Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng sambil diiringi barisan Exco Kerajaan Negeri.

Mengulas lanjut, Ustaz Mutalib dalam pada itu turut mencadangkan supaya Ketua Menteri mempunyai penasihat agama atau merujuk kepada mufti sekiranya perlu berhubung isu-isu agama.

Dalam pada itu, Guan Eng berharap sumbangan berkaitan dapat membantu pembangunan kedua-dua sekolah berkenaan.

"Saya berdoa Hari Raya Aidilfitri dapat disambut dengan meriah dan aman,'' ujar beliau.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...