TERKINI :

Tuesday, July 26, 2016

Siasatan 1MDB: Jangan tekan polis, kata IGP


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa orang ramai supaya memberi tekanan kepada pihak polis untuk menyegerakan proses siasatan ke atas 1MDB.

Beliau berkata, polis perlu menjalankan siasatan dengan cara yang betul.

"Seperti yang saya katakan (sebelum ini) , siasatan masih lagi dijalankan. Saya tahu sesetengah pihak cuba untuk memberi tekanan dalam melakukan kerja kami. Tetapi kamu tidak boleh memaksa kami melakukan kerja dengan tergesa-gesa.

"Jangan bandingkan kami dengan organisasi lain. Kamu mahu kami buat kerja dengan baik, jadi kami perlu lakukannya dengan betul," ujar beliau semasa sidang akhbar Persidangan Aseanapol ke-36 di Putrajaya.

Pada masa yang sama, Khalid juga enggan mengulas mengenai sama ada polis mempertimbangkan ahli perniagaan, Jho Low sebagai suspek dan jika ada usaha untuk membawanya pulang ke Malaysia.

"Saya tidak akan kata apa-apa kerana jika saya katakan, kemudian mereka akan pergi bersembunyi. Oleh itu, lebih baik tidak. Kami akan melakukan apa yang perlu," katanya.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazarene yang bakal bersara hari ini berkata, hanya Khalid satu-satunya pegawai polis yang boleh mengulas mengenai saman sivil yang difailkan terhadap 1MDB oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.

Beberapa hari yang lalu, Khalid berkata, siasatan 1MDB kini masih dalam fasa pertama dan masih berlangsung.

Katanya, seramai 25 saksi telah direkod percakapannya dan beliau menggesa semua pihak tidak memberikan tekanan semasa proses siasatan dilakukan.

“Kita sebenarnya telah merakam lebih 25 percakapan, semua orang nak kita lakukan yang terbaik jadi kita kena buatnya betul-betul.

“Jadi kita mengambil masa merakam percakapan seorang saksi itu bukan satu dua hari.

"Ada yang seminggu dua minggu untuk kita rakam percakapan, go through document kita perlu masa.

“Tak boleh bagi tekanan, minggu depan nak laporan tak boleh, kerana dalam siasatan, bagi kita masa,” katanya lagi.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...