TERKINI :

Sunday, July 24, 2016

PRN P.PINANG : Peluang PAS nak menang pilihanraya terbatas

SHAH ALAM – Penganalisis politik meramalkan peluang Pas untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang terbatas.

Menurut penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia (USM),  Prof Madya Dr P Sivamurugan, ini kerana wujud persaingan antara BN dan dalam kalangan rakan pembangkang yang lain.

“Pas akan menghadapi kesukaran pada PRN Pulau Pinang. Ini kerana wujud persaingan yang bukan sahaja dengan Umno, malah dengan Amanah (Parti Amanah Negara).

“Melainkan ada kompromi (antara Pas dengan Amanah),” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Pendapatnya itu turut dibuktikan dengan rekod lampau Pas yang hanya meraih satu kerusi di Permatang Pasir pada Pilihan Raya Umum 2013.

“Melihat kepada peluang Pas, lebih baik bagi Pas untuk tumpu pada PRU 14 nanti sahaja.

“Tetapi sudah menjadi tradisi Pas untuk bertanding dan saya yakin Pas memang akan bertanding kali ini,” katanya lagi.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...