TERKINI :

Tuesday, July 26, 2016

Poca: Sanjeevan diarah bebas serta merta

Sri Sanjeevan
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi mengarahkan Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R Sri Sanjeevan dilepas dan dibebaskan daripada perintah tahanan reman selama 21 hari yang dikenakan terhadapnya mengikut Akta Pencegahan Jenayah 2013 (Poca).

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Shariff Abu Samah memerintahkan demikian selepas membenarkan permohonan habeas corpus yang dikemukakan Sanjeevan bagi mencabar penahanannya.

Ketika membuat keputusan itu Mohd Shariff berkata, tempat penahanan pemohon (Sanjeevan) memberikan pelbagai tafsiran yang mewujudkan pelbagai kekeliruan mengenai penahanannya.

"Dengan menggunakan kausa semakan sebagaimana dalam bab 31 Kanun Prosedur Jenayah, dalam memastikan aspek penahanan Poca wajib di patuhi,"katanya.

Sehubungan itu, katanya mahkamah membenarkan pemohonan pemohon secara serta merta.

Pada 11 Julai lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur membenarkan permohonan polis untuk menahan reman Sanjeevan, bagi membantu siasatan.

Perintah reman itu akan berakhir pada 31 Julai ini.

Media sebelum ini melaporkan polis menahan Sanjeevan, 32, bersama pemandunya selepas disyaki meminta wang perlindungan daripada seorang ahli perniagaan.

Tangkapan dibuat susulan laporan polis oleh seorang pengadu mendakwa Sanjeevan mengugut mahu menyiarkan fitnah mengenainya melalui laman sosial Facebook sekiranya tidak membayar wang perlindungan RM25,000.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...