TERKINI :

Saturday, July 2, 2016

Khir Toyo: Banglo saya lain, banglo Guan Eng

PETALING JAYA: Dr Mohamad Khir Toyo menggesa Lim Guan Eng berhenti membandingkan kes banglo yang dibelinya pada 2007 dengan harga RM3.5 juta dengan banglo yang dibeli oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu pada harga RM2.8 juta.

Ini kerana kedua-dua kes itu tidak sama memandangkan Guan Eng didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang tentunya membabitkan kesalahan serius.

“Ketika saya dihukum penjara, DAP menganggap ia satu kemenangan besar mereka. Sungguhpun saya bersimpati dengan nasib Lim Guan Eng.

“Saya fikir kenyataan paling tepat untuk DAP ialah seperti yang diungkapkan oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan, – “Padan Muka”,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bekas Menteri Besar Selangor itu menyifatkan pendakwaan yang dikenakan terhadap Guan Eng sebagai keadilan setimpal (Poetic Justice).

Isu ini dibawa ke perhatian umum selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabuddin Yahaya mempersoalkan pembelian banglo yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town oleh Guan Eng pada 25 Oktober tahun lalu dengan harga RM2.8 juta sedangkan harga pasarannya dianggarkan antara RM6 juta hingga RM6.5 juta.

Susulan daripada itu, Lim telah dibawa ke Mahkamah Tinggi George Town oleh SPRM.

Bagaimanapun beliau mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Turut didakwa bekas pemilik banglo, Phang Li Koon, yang juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Lim bagi mendapatkan diri Lim lot tanah dan rumah itu di tempat dan tarikh sama.

Lim telah dikenakan bayaran wang jaminan sebanyak RM1 juta yang berjaya dikumpul melalui kempen derma awam.

Manakala, Dr Mohamad Khir dipenjarakan pada September tahun lalu, atas tuduhan salah guna kuasa sebagai penjawat awam.

Beliau didapati bersalah memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo yang bernilai lebih RM6 juta, dengan harga RM3.5 juta pada 2007.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...