TERKINI :

Wednesday, July 13, 2016

KFA : Status 2 pemain import Kedah iaitu Carlos Kahe & Sandro Mendonca serta pemain tempatan Ahmad Fakri Saarani



Status 2 pemain import Kedah iaitu Carlos Kahe, Sandro Mendonca dan pemain tempatan Ahmad Fakri Saarani adalah seperti berikut:

1. Carlos Kahe dalam proses perbincangan akhir untuk menyelesaikan hala tuju baki kontrak beliau yang akan tamat November ini. Setakat ini sehingga masa depan beliau bersama KFA diputuskan, beliau akan terus berlatih bersama pasukan dibawah kendalian jurulatih kecergasan, Stefano Impagliazzo.

Carlos Kahe sentiasa memberi komitmen tinggi dalam latihan walaupun untuk pusingan ke-2 saingan Liga Super dan TM Piala Malaysia, namanya tidak lagi didaftarkan sebagai pemain skuad hijaukuning dan digantikan dengan Thiago Agusto Fernandes.

Sebarang perubahan kepada kontrak beliau adalah tertakluk kepada perbincangan kedua-dua pihak. Alternatif untuk beliau dipinjamkan ke kelab bolasepak lain juga antara pilihan namun tempoh yang agak singkat selama 4 bulan.

2. Sandro Mendonca masih milik KFA memandangkan kontrak beliau berbaki semusim lagi iaitu hingga 2017. Pengurusan pasukan memilih untuk memberi ruang yang luas untuk Sandro membuat pemulihan sepenuhnya memandangkan kudrat beliau masih ditagih musim hadapan.

Sandro akan diberi masa untuk merancang program pemulihan dan bakal kembali menyertai pasukan Oktober/November ini. Sementara itu, alternatif yang turut menjadi fokus adalah beliau akan dipinjamkan terlebih dahulu kepada kelab luar setelah pulih sepenuhnya sebelum kembali kepada skuad hijaukuning.

Dalam tempoh 5 bulan ini Sandro akan digantikan oleh pemain dari New Zealand, Shane Smeltz.

Sandro masih milik Kedah dan kontrak beliau bersama Kedah adalah sehingga tamat musim 2017.

Walaupun, beliau kecewa tidak dapat membantu pasukan bagi baki saingan musim 2016, pengurusan terpaksa mengambil keputusan berat ini memandangkan jadual padat liga dan saingan kalah mati memerlukan kudrat import yang cergas bagi membantu pasukan mengharungi 15 perlawanan dalam 45 hari. Jangkaan pemulihan Sandro sepenuhnya dan bersedia beraksi dalam perlawanan kompetitif sekitar 1-2 bulan.

 

3. Ahmad Fakri Saarani merupakan sebahagian dari syarat perjanjian kontrak pinjaman pemain import baru Kedah, Thiago Augusto Fernandes.

Keputusan meminjamkan beliau adalah penting kerana jurulatih Felda United FC, Irfan Bakti memerlukan khidmat penyerang tempatan dan memohon secara khusus khidmatnya. Tempoh pinjaman adalah sehingga November ini dan kedua-dua pemain akan kembali ke pasukan masing-masing pada 1 November.

Keputusan meminjamkan Ahmad Fakri Saarani adalah untuk kebaikan kedua-dua pasukan dan persetujuan telah dicapai dan pasti kerjasama positif ini menguntungkan kedua-dua pihak.

Harap maklum.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...