TERKINI :

Sunday, July 24, 2016

Dividen 6% yang diumumkan oleh LTAT bagi 2015 adalah yang paling rendah sejak 1973

Dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang diumumkan dua hari lalu adalah yang terendah dalam sejarah sejak LTAT ditubuhkan. Kalau saya salah, sila tangkap saya sekali lagi seperti tangkap saya semasa saya bongkar lambat bayar pencen pesara tentera beberapa bulan lalu. Tolonglah sebarkan maklumat ini dan viral terutama kepada keluarga tentera; saya tidak boleh bantu saudara jika saudara sendiri merestui diperlakukan begitu.

DIVIDEN 6% YANG DIUMUMKAN OLEH LTAT BAGI 2015 ADALAH YANG PALING RENDAH SEJAK 1973

Saya telah semak rekod dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sejak ia mula dilaporkan iaitu tahun 1973.

Dividen 6% yang diumumkan bagi tahun kewangan 2015 adalah yang paling rendah sejak 1973. Walaupun ekonomi negara menguncup dalam tahun-tahun krisis ekonomi 1985-87 dan 1997-1998 dividen yang diumumkan bagi tahun-tahun itu adalah lebih tinggi dari 6%.

Saya mengutuk tindakan LTAT terutamanya Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Kewangan yang cuba memberi gambaran bahawa prestasi LTAT adalah baik dengan mengaitkan jumlah dividen itu sebagai bukti bahawa dakwaan saya sebelum ini mengenai kelewatan pembayaran caruman pencen bekas anggota tentera adalah lambat.

Jumlah 12% yang diumumkan seolah-olah itu dividen juga adalah mengelirukan kerana ada dua komponen iaitu:

1) Dividen 6% yang wajib dibayar kepada semua pencarum dan pencapaian 6% adalah yang paling rendah sejak 1973

2) Bonus 6% dalam bentuk unit amanah kepada anggota tertentu sahaja dan bukan semua anggota yang akan mendapat bonus unit amanah ini

Saya akan mengeluarkan analisa kewangan LTAT yang lebih lengkap dengan lebih menyeluruh dalam masa terdekat berikutan pengisytiharan dividen yang paling rendah sejak 1973 ini.

Saya tahu kepimpinan Umno cukup takut dengan isu kelewatan pembayaran caruman pencen kepada pesara tentera ini. Sepatutnya sebagai Menteri Pertahanan, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein menjaga kebajikan mereka bukan menggunakan prestasi dividen yang lemah untuk mengkritik saya.

RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan
Setiausaha Agung/Naib Presiden KEADILAN

23 Julai 2016

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...