TERKINI :

Thursday, July 21, 2016

Di manakah ketelusan dan kecekapan pihak berkuasa Malaysia diketika PEGUAM NEGARA AMERIKA dedahkan isu 1MDB..?

DI MANA TAN SRI MOHAMED APANDI ALI PEGUAM NEGARA MALAYSIA?


Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta E. Lynch semalam dalam satu sidang media mendedahkan bahawa Jabatan Peguam Negara Amerika Syarikat telah memfailkan tindakan sivil terhadap 1MDB untuk merampas dan mendapatkan semula lebih $USD 1 bilion dana yang telah disalahguna oleh pihak-pihak tertentu termasuk pegawai tinggi Kerajaan Malaysia.

Ini suatu pengumuman yang memeranjatkan kerana sebelum ini Malaysia dimaklumkan oleh Pejabat Peguam Negara Malaysia bahawa tiada apa-apa yang tidak kena dengan 1MDB.

Bank Negara Malaysia juga dikhabarkan telah menghentikan siasatan terhadap 1MDB.

Polis DiRaja Malaysia khususnya Ketua Polis Negara yang mengendalikan siasatan berkaitan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara terhadap 1MDB juga tidak memberikan apa-apa petunjuk.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga hari ini tiada sebarang perkembangan baru berkenaan siasatan mereka.

Dengan tidak semena-mena Peguam Negara Amerika Syarikat mengumumkan tindakan telah dimulakan membabitkan penyelewengan dan penyalahgunaan dana 1MDB di Amerika Syarikat.

Mana pergi Peguam Negara Malaysia? Mana Ketua Polis Negara? Mana SPRM? Mana Gabenor Bank Negara? Mana Salleh Said Keruak?

Di manakah ketelusan dan kecekapan pihak berkuasa Malaysia? Adakah seluruh agensi penguatkuasa termasuk Jabatan Peguam Negara lupa sumpah jawatan mereka untuk mempertahankan Malaysia dan Perlembagaannya serta kedaulatan negara?

Malaysia sudah masyhur di mata dunia. Syabas Malaysia. Inilah prinsip Malaysia Boleh yang kita agungkan.

BERANI BERUBAH - TERUS BERUBAH

ZULHAZMI SHARIFF
Ahli Biasa DAP
Cawangan Taman Tun Dr. Ismail Kuala Lumpur.
21 Julai 2016
16 Syawal 1437

*** Aku pun nak jadi hero***

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...