TERKINI :

Sunday, July 3, 2016

Benarkah Guan Eng jadi mangsa strategi BN alihkan perhatian

Guan Eng jadi mangsa strategi BN alihkan perhatian, kata AMANAH

Dakwaan rasuah yang mendepani Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah percubaan BN untuk mengalihkan perhatian daripada isu yang lebih penting, kata Parti Amanah Negara (AMANAH) cawangan Perak.

"Dakwaan ke atas Guan Eng adalah untuk mengalihkan perhatian daripada isu-isu besar seperti 1MDB, derma ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri dan pergolakan dalaman Umno," kata Ketua AMANAH Perak, Asmuni Awi dalam kenyataan, hari ini.

Umno juga mahu mengalihkan perhatian daripada isu pemecatan bekas timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta penggantungan naib presiden parti itu, Datuk Seri Shafie Apdal.

AMANAH Perak tetap tegas menyokong Guan Eng, ujar Asmuni, dan menyifatkan tuduhan terhadap beliau bermotifkan politik dan berniat untuk meletakkan kepimpinan Pakatan Harapan dalam keadaan kucar-kacir.

Oleh itu, rakyat perlu memberi tekanan kepada kerajaan untuk menumpukan kepada isu-isu penting melibatkan kepentingan negara, bukan hal-hal yang membelenggu BN sahaja, tambah beliau.

Guan Eng ditahan pada Rabu yang lalu selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri.

Beliau dibenarkan ikat jamin dengan bayaran sebanyak RM1 juta di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada hari berikutnya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...