TERKINI :

Wednesday, July 20, 2016

Bekas ahli Umno sokong Mahathir tubuh parti baru

TUn M

DALAM usaha menubuhkan parti pembangkang yang baharu, bekas Perdana Menteri, Dr Tun Mahathir Mohamad dijangka berdialog dengan bekas pemimpin-pemimpin Umno yang dipecat minggu depan.

Selain itu, ramai ahli Umno yang menjadi penyokong setia bekas perdana menteri itu juga dipercayai akan hadir.

Biarpun penubuhan parti baharu itu masih di peringkat perbincangan, malahan nama parti pun belum ditentukan lagi, namun ramai ahli Umno yang kecewa dengan pucuk pimpinan Umno sekarang telah menyatakan kesediaan mereka untuk menjadi ahli dalam parti baharu tersebut.

Antara pemimpin veteran Umno yang bakal menjadi ahli ialah bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid.

Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Paduka Khairuddin Abu Hassan memberitahu Sin Chew Jit Poh, sejak berita Mahathir untuk menubuhkan parti baharu diumumkan, banyak pihak telah memberikan reaksi yang positif termasuk gabungan belia, badan-badan bukan kerajaan (NGO), rakyat biasa dan tidak ketinggalan ahli Umno dari seluruh negara.

"Kami akan berdialog dalam satu perjumpaan yang dijadualkan diadakan sama ada 25 atau 26 hari bulan ini. Tun Mahathir harap dapat kumpulkan semua orang untuk memberi pandangan bagi menentukan hala tuju parti baharu kami ini," kata Khairuddin.

Mengenai siapakah antara pemimpin veteran Umno yang bakal menyertai parti ini, Khairuddin masih belum bersedia mengumumkan identiti yang terlibat.

"Mengenai kedudukan Sanusi, saya percaya beliau akan tetap bersama kami," katanya.

Hubungan Hadi dengan Tuan Ibrahim baik

Timbalan Presiden Pas, Tun Ibrahim Tuan Man menegaskan hubungan beliau dengan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah baik dan tidak ada sebab beliau perlu meninggalkan parti.

Tuan Ibrahim berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Hadi, sebaliknya dapat bekerjasama dengan pemimpin No. 1 dalam parti itu.

"Saya akan tetap bersama Pas. Saya dengan Hadi serta pucuk pimpinan parti dapat menggerakkan parti dengan berjaya. Kami saling hormat-menghormati dan bertolak ansur sekiranya berlaku sebarang perbezaan pendapat. Itulah kekuatan sebenar yang ada dalam Pas," kata Timbalan Presiden Pas itu lagi kepada Sin Chew Jit Poh.

Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad agar Tuan Ibrahim dan Naib Presiden, Datuk Iskandar Abd Samad meninggalkan Pas kerana mereka bersikap berbeza dan Pas tidak lagi sudi atau mampu membawa mesej Islam sebagai ‘rahmatal-lil-’aalamin.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...