TERKINI :

Friday, July 8, 2016

Apabila terbocornya laporan audit 1MDB yang di OSA kan pada Hari Raya

Selepas bocor, Najib mesti dedah laporan audit 1MDB - Pua

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti mengubah status sulit berhubung laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB selepas laman web Sarawak Report membocorkan apa yang didakwanya sebagai sebahagian daripada dokumen rahsia berkenaan.

"Sarawak Report membekalkan hadiah terbaik buat rakyat pada Hari Raya ini dengan mendedahkan siasatan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB yang cuba disembunyikan oleh pentadbiran Najib melalui Akta Rahsia Rasmi (OSA)," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dalam satu kenyataan malam semalam.

"Dengan semangat kejujuran dan kesopanan sepanjang bulan sambutan Aidil Fitri, Najib Razak mesti segera mengarahkan pengubahan status laporan Ketua Audit Negara, yang tidak pernah bermaksud untuk diklasifikasikan (di bawah Akta Rahsia Rasmi, OSA) selama-lamanya.

"Lagipun, jika beliau ikhlas tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan dan berkeras bahawa Sarawak Report sekali lagi mempalsukan dokumen dan dalam kes ini laporan Ketua Audit Negara, maka mendedahkan laporan 'sebenar' akan memusnahkan terus kredibiliti Sarawak Report," kata Pua.

Beliau berkata, kegagalan untuk mengubah status sulit laporan Ketua Audit Negara itu akan hanya meningkatkan syak wasangka orang ramai mengenai apa yang didakwanya boleh menjadi "penutupan terbesar dalam sejarah dunia".

Beliau berkata laman web yang dikendalikan oleh adik ipar bekas Perdana Menteri Britain Gordon Brown, Clare Rewcastle Brown, berjaya melakukan sesuatu yang dirinya sebagai anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) gagal berbuat demikian.

"Ia adalah satu pencapaian walaupun saya tidak mampu melakukannya kerana pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin memutuskan bahawa walaupun anggota jawatankuasa itu tidak dibenarkan menyimpan sebarang salinan dokumen itu.

"Ini sebalik hakikat bahawa kami diberi kuasa khusus untuk mengakses laporan itu.

"Saya hanya boleh membaca laporan itu semasa mesyuarat PAC atau atas permintaan di pejabat Parlimen," kata Pua.

Menurut beliau, kebocoran dokumen itu sekiranya adalah sahih, menawarkan pengesahan dunia berhubung spekulasi sebelum mengenai alasan mengapa laporan audit itu diklasifikasikan di bawah OSA.

"Ia adalah kerana komen Ketua Audit Negara mengenai apa yang berlaku dan dokumen yang dibekalkan oleh 1MDB adalah lebih teruk daripada laporan PAC berhubung siasatan 1MDB," dakwa Pua.

Semalam laman web pendedah maklumat yang berpangkalan di London itu menerbitkan beberapa kandungan apa yang didakwa sebagai laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB walaupun dokumen berkenaan diklasifikasikan sebagai sulit di bawah (OSA).

"Sarawak Report telah mendapat akses meluas kepada laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB, bersama-sama dengan dokumen utama yang disertakan hasil siasatan itu," katanya.

Laman itu menyenaraikan pelbagai kebimbangan yang dicatatakan oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dalam laporannya, terutamanya berkaitan dengan beberapa pemindahan dana yang dipersoalkan.laman web, yang telah berada di barisan hadapan dalam laporan siasatan pada masalah 1MDB, mendakwa ia mempunyai dalam milikan laporan sulit.

Menurut portal itu, ia akan menerbitkan maklumat lanjut daripada laporan Ketua Audit Negara pada hari-hari akan datang.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...