TERKINI :

Friday, July 1, 2016

ABIM bidas kerajaan BN naik minyak musim umat Islam nak RAYA

ABIM BIDAS MINYAK NAIK MUSIM RAYA

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mempersoalkan ke mana perginya subsidi melindungi kepentingan rakyat, selepas kerajaan semalam mengumumkan kenaikan 5 sen bagi semua kategori minyak.

“Mengapakah subsidi bagi kemaslahatan rakyat terbanyak ini tidak lagi mampu ditampung oleh kerajaan, walhal pada masa yang sama billion ringgit dari khazanah negara dibazirkan atas kelemahan urus tadbir kerajaan?” soal Presiden ABIM, Mohamad Raimi Abdul Rahim.

Katanya, kenaikan terbaru itu tidak kena pada masanya dan membebankan rakyat terutama mereka yang akan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

“Selain tambahan perbelanjaan untuk pengangkutan jutaan rakyat yang pulang ke kampung halaman menemui keluarga tercinta, kenaikan harga barangan keperluan dan persiapan perayaan adalah sesuatu yang dijangkakan,” katanya.

Harga minyak dikaji setiap akhir bulan, berikutan keputusan Putrajaya memansuhkan subsidi petrol dan diesel, dan melaksanakan “apungan terurus” dalam menentukan harga bahan api runcit berasaskan harga minyak mentah dunia.

Semalam, kenaikan 5 sen menjadikan RON 95 kini pada harga RM1.75 seliter, RON97 RM2.10, diesel RM1.60 dan diesel Euro 5 RM1.70.

ABIM menggesa mekanisme apungan harga minyak ini dikaji semula perlaksanaannya terutama sekali ketika musim perayaan dan cuti.

“Sekiranya dasar ini ingin diteruskan, satu mekanisme kawalan perlu ditetapkan untuk melindungi kepentingan rakyat keseluruhannya daripada terus terbeban.

“Namun soalan dasar yang ingin ABIM pertanyakan ialah, ‘ke manakah perginya subsidi-subsidi (yang dahulunya) diwujudkan melindungi kepentingan rakyat?’

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/07/01/abim-bidas-minyak-naik-musim-raya/

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...