TERKINI :

Tuesday, July 26, 2016

10 cara untuk singkirkan Najib

P Gunasegaram

ULASAN l Berikut adalah ringkasan artikel berjudul ‘10 ways to get Najib to go’ atau sepuluh cara bagi memastikan Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai perdana menteri.

Dapatkan ahli-ahli Umno untuk menunjukkan rasa tidak senang mereka.

Umno mempunyai berjuta-juta ahli. Bukan semua yang merestui rasuah dan penyelewengan berbilion ringgit dari 1MDN. Mereka ini mesti meluahkan perasaan mereka secara terbuka berhubung kehilangan berbilion ringgit agar pemimpin Umno, ketua cawangan dan ketua bahagian menyedari bahawa sokongan terhadap Najib sudah terhakis di kalangan ahli-ahli parti.

Lobi pemimpin Umno mempamerkan kuasa mereka.

Ahli Umno yang berpengaruh harus mengketepikan cita-cita mereka dan berjuang untuk kepentingan negara serta menuntut pemimpin kanan Umno secara terbuka menunjukkan bahawa mereka bukan taksub kepada Najib. Adalah memalukan bahawa Umno sebagai parti yang berbangga menjadi penjaga kepentingan orang Melayu dan negara tergamak membiarkan berbilion-bilion wang negara disamun dan membiarkannya serta secara terbuka dan aktif mempertahankan Najib.

Parti komponen BN perlu membuat suara mereka didengar.

Sudah sampai masa supaya rakan-rakan komponen BN di Semenanjung dan di Sabah dan Sarawak meluahkan rasa jijik kebanyakan penyokong mereka berhubung Umno yang terpalit dengan 1MDB. Ini walaupun bermakna bahawa mereka perlu meninggalkan gabungan itu.

Dapatkan pembangkang bersama-sama dalam isu ini.

Rakyat Malaysia yang mempunyai pengaruh di kalangan pembangkang harus menasihati parti mereka untuk bersama-sama memaksa perubahan dalam kepimpinan, jika tidak sekarang maka dalam pilihan raya. Satu-satunya cara pembangkang boleh menang adalah untuk mempunyai barisan yang bersatu termasuk PAS. Tumpukan hanya kepada agenda bersama dan ketepikan isu-isu yang membawa keretakan.

Sokong perhimpunan awam mendesak Najib berundur.

Terdapat pebagai pergerakan yang menuntut Najib untuk meletak jawatan. Sokong mereka, termasuk Deklarasi Rakyat yang kini mempunyai lebih satu juta tandatangan.

Sertai perhimpunan aman bagi menggesa penyingkiran Najib.

Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk berhumpun secara tertib dan aman. Jika BERSIH 5 menganjurkan perhimpunan, sertainya dan turun ke jalanan.

Tolak menerbitkan berita tidak benar mengenai 1MDB.

Bagi mereka yang bekerja di media arus perdana, mungkin mereka tiada pilihan tetapi untuk menyokong kerajaan yang memerintah, tetapi sekurang-kurangnya mereka boleh melakukan sesuatu dengan tidak menerbitkan sesuatu laporan yang tidak benar mengenai 1MDB. Tiada orang yang berhak mengarahkan kamu menerbit atau menulis berita palsu.

Nyatakan rasa tidak puas hati anda.

Kita mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat dan kita harus menyatakannya, terutama jika kita boleh menyokong kenyataan-kenyataan itu dengan fakta dan hujah yang bernas.

Beri tekanan kepada SPRM dan polis untuk menyiasat.

Cukuplah untuk semua bukan hanya di Malaysia tetapi di dunia melihat rompakan terbesar yang berlaku di depan mata kita. Kita mesti memberi tekanan kepada mereka yang bertanggungjawab untuk menyiasatnya dan menguatkuasakan keadilan. Kita perlu mengingatkan mereka bahawa sejarah akan menghukum jika mereka tidak melakukan sesuatu.

Jika semua gagal, singkirkan BN pada pilihan raya akan datang.

Pada pilihan raya umum lalu, 51 peratus daripada pengundi memilih pembangkang. Jumlah itu mungkin meningkat dengan isu 1MDB, dengan syarat pembangkang dapat bekerjasama. Jadi jangan memandang rendah kuasa yang ada di tangan anda untuk melakukan perubahaan. Ini adalah kuasa mutlak rakyat.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...