TERKINI :

Sunday, July 31, 2016

Isu 1MDB & Pemuda UMNO dengan konspirasi peringkat tertinggi, Pemuda PAS harap fokus isu utama


Pemuda Umno Malaysia tidak seharusnya mengalihkan isu utama dengan mengheret tiga tokoh utama negara dengan dakwaan wujud konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri dalam skandal kewangan 1MDB.

Dakwaan berkaitan skandal kewangan 1MDB sangat berat, oleh sebab itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) tidak mahu Pemuda Umno sewenang-wenangnya menimbulkan persepsi baru untuk mengaburi isu dan suspek sebenar, sedangkan kira-kira lapan buah negara luar sedang menyiasat skandal kewangan 1MDB sehingga menjejaskan reputasi politik dan ekonomi negara.

Rakyat telah sedia maklum bawah Bank Negara Malaysia, Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia adalah entiti yang bertanggungjawab melakukan penyiasatan awal terhadap kes ini, tetapi hasil laporan mereka entah ke mana.

Malah, dua tokoh yang didakwa telah ‘bersara’ dan seorang lagi bakal ‘menamatkan perkhidmatannya’.

DPPM juga tidak menolak kemungkinan sebelum skandal kewangan 1MDB diselesaikan, tiga tokoh tersebut boleh ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (SOSMA). Penangkapan dan penahanan boleh dilakukan oleh pihak polis tanpa waran sehingga 28 hari.

Banyak klu yang masih samar. Laporan-laporan rasmi tidak didedahkan malah laporan audit berkaitan 1MDB pula telah diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Oleh itu, adalah lebih bijak sekiranya Pemuda Umno turut sama menggesa untuk mewujudkan terlebih dahulu satu Suruhanjaya Siasatan Diraja yang dianggotai oleh mereka yang tidak berkepentingan untuk menyiasat skandal kewangan 1MDB ini.

DPPM menegaskan dengan sekeras-kerasnya agar ‘kleptocracy’ mesti dihentikan dan ‘damages’ negara mesti dipulihkan!

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)
28 Julai 2016 | 23 Syawal 1437 - HARAKAHDAILY 28/7/2016

Mukhriz harap ROS tak halang parti baru Dr M


Bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berharap Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak akan menghalang permohonan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan parti politik baru.

"Kami berharap ROS akan memberi pertimbangan sewajarnya dan memastikan tiada halangan, halangan yang tidak perlu dan sebagainya," katanya.

Minggu lalu, Mahathir mengesahkan bahawa parti politik baru akan dilancarkan tidak lama lagi.

"Tidak lama lagi," katanya selepas majlis pelancaran buku isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Parti baru akan ditubuhkan bagi merealisasikan objektif pergerakan 'Selamatkan Malaysia'.

Sementara itu, Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim yakin parti baru yang ditubuhkan Mahathir tidak akan mendapat sambutan khususnya di kalangan oleh orang Melayu.

Menurut Rais parti baharu itu bakal menempuh 'warna' dan suasana seperti yang pernah dialami oleh parti Semangat 46 dahulu yang gagal mendapat sambutan.

Semangat 46 akhirnya terkubur setelah bekerjasama dengan DAP, dan parti lain menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) demi bertanding dalam Pilihan Raya Umum 1990.

FAKTA vs. AUTA RASIS UMNO - Kononnya Cina nak rampas dan terajui negara..??

FAKTA vs. AUTA RASIS-UMNO !!!


Masih ada yang percaya dgn doktrin perkauman UMNO..?? kononnya Cina nak rampas dan terajui negara..??

OTAK BEKU SAJA PERCAYA.... dari 31.7 juta rakyat Msia hampir 70% adalah Melayu/Bumiputra...ce citer celah tang mana DAP yang majoriti ahlinya dari kaum Cina boleh terajui negara..!!

Mengapa Pas tidak wajar kekal dalam kerajaan Selangor

KHALID SAMAD

Pakatan Harapan diwujudkan bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang sudah berkubur.

Pakatan Harapan diwujudkan bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang sudah berkubur.

Persoalan kedudukan Pas dalam kerajaan Negeri Selangor dewasa ini terus menjadi bahan perbincangan. Dalam menjelaskan keberadaan Pas dalam kerajaan Selangor walaupun Pas merupakan sebuah ‘rogue party’ atau parti yang bagaikan lawan terhadap Pakatan Harapan, bermacam-macam alasan dan hujah dikemukakan.

Ada beberapa hujah yang benar tetapi tidak tepat.

Dulu Pas ada, Amanah tidak ada

Antara hujah yang dikemukakan adalah “dulu Pas ada dan Amanah tidak ada”. Kata-kata ini ditonjolkan media walaupun mungkin yang menyebutnya memberi penjelasan yang lebih lengkap.

Hakikatnya dulu pun Amanah sudah ada tetapi kami berada di dalam Pas. Kami adalah serpihan dari Pas, iaitu serpihan yang terdiri dari golongan pemimpin dan ahli yang menyokong secara bersungguh-sungguh Pakatan Rakyat.

Mungkin ada yang lupa betapa meruncingnya perbalahan antara Pas dan Pakatan Rakyat sebelum ini. Perbalahan ini telah menyaksikan peristiwa seperti:

1. Pertandingan antara Pas dan PKR sehingga berlakunya tiga penjuru di Kota Damansara dan beberapa kerusi lain.

2. Tuduhan tanpa bukti mahupun saksi bahawa ada calon PKR menjual pil kuda.

3. Usul kaji kembali kerjasama dengan Keadilan, dan

4. Berbagai-bagai lagi tindakan khianat Pas.

Kemuncak perbalahan ini adalah krisis Menteri Besar (MB) Selangor di mana Pas dengan sokongan Umno telah mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) sebagai MB, sedangkan PKR dan DAP telah menolaknya. Sebelum itu tersebar luas mesej whatsapp Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Zuhdi Marzuki dengan sikap khianat yang disyorkannya untuk Pas.

Ini telah akhirnya menghasilkan suasana muktamar Tahunan Pas tahun 2014 di mana golongan yang menolak TSKI dan memilih untuk bersama PKR dan DAP menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah digelar ‘barua dan boneka’ oleh Presiden Pas. Yang dimaksudkannya dengan kalimah ‘barua dan boneka’ itu adalah barua dan boneka PKR dan DAP. Ini adalah kerana mereka tidak mengikut arahannya untuk bersama mempertahankan TSKI sebagai MB dengan sokongan Umno/BN!

Perbalahan ini menyebabkan kami terpaksa keluar dari Pas untuk membentuk Amanah setelah dilihat pendekatan khianat dan berbalah ingin terus dilaksanakan Pas selepas muktamar 2015.

Kami berani mengatakan bahawa dengan adanya kami di dalam Pas maka Pakatan Rakyat telah muncul sebagai gabungan kerjasama parti pembangkang yang kukuh sehingga meningkatkan prestasinya dalam pilihan raya 2013 khususnya di Selangor. Oleh itu amat tidak tepat untuk mengatakan kami ‘tiada’ pada ketika itu.

Kalau kami ‘tiada’ pada ketika itu, mungkin keadaan Kota Damansara adalah keadaan di seluruh negara pada 2013 dan bukan sekadar di beberapa kerusi.

Kalau kami ‘tiada’ pada ketika itu mungkin kerajaan Selangor dan Perak pada 2008 adalah kerajaan gabungan Pas dan Umno/BN.

Kalau kami ‘tiada’ pada ketika itu, mungkin TSKI terus kekal sebagai MB hingga hari ini dan kerajaan Selangor sekarang ini adalah kerajaan Pas dan Umno/BN.

Oleh kerana kami ada pada masa itulah maka apa yang ada sekarang dapat dikawal dan dipertahankan. Maka jangan diketepikan hakikat kehadiran kami dan peranan yang telah kami mainkan.

Sikap Pas seperti yang disaksikan hari ini adalah sikap tanpa adanya kami. Sekiranya itulah sikap Pas sejak dahulu, sudah pasti Pakatan Rakyat tidak mungkin dapat wujud di alam nyata. Dan sikap Amanah hari ini adalah sikap yang telah memungkinkan wujudnya Pakatan Rakyat.

Oleh itu, harap maklum ya, kami telah ada sejak dahulu.

Mandat diberi kepada Pas, PKR dan DAP membentuk kerajaan Selangor

Ini juga satu kenyataan yang benar tetapi tidak tepat.

Sebenarnya mandat diberi kepada Pakatan Rakyat pada 2013 dan bukan kepada parti-parti secara individu. Mesti diingat bahawa pada 2013 kita telah menghadapi pilihan raya sebagai Pakatan Rakyat walaupun bertanding atas logo masing-masing atas sebab-sebab teknikal.

Manifesto yang ditawarkan adalah manifesto Pakatan Rakyat dan rakyat Selangor memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah. Dalam erti-kata lain, rakyat ingin ketiga-tiga parti ia itu Pas, DAP dan PKR berkerjasama memerintah negeri Selangor secara bersama berdasarkan manifesto tersebut.

Malangnya Pas khususnya tidak memahami maksud mandat tersebut dan sentiasa mendakwa Pas menang atas kekuatan Pas sendiri sehingga berterusan menempelak rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Pada awalnya yang menjadi sasaran Pas adalah PKR dan kemudiannya DAP. Akhirnya Pakatan Rakyat telah terkubur dan walaupun ianya dihidupkan di Selangor, hakikatnya ia hidup dalam keadaan bergantung kepada ehsan dari presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Semangat kerjasama sebenarnya tidak lagi dijiwai dan dihayati.

Dalam usaha untuk menghidupkan kembali kerjasama seperti mana yang diinginkan rakyat Selangor, maka ditubuhkan Pakatan Harapan (PH). Pakatan Harapan lebih menyerupai Pakatan Rakyat dahulu berbanding hubungan Pas, PKR dan DAP yang wujud di Selangor dewasa ini. Dalam erti-kata lain PH ditubuhkan untuk memenuhi mandat yang diberi rakyat Selangor kepada Pakatan Rakyat setelah Pas khianat. Ini adalah kerana kerjasama antara tiga parti yang diinginkan rakyat Selangor tidak mampu dilaksanakan lagi oleh gabungan Pas, Keadilan dan DAP. Ia hanya mampu dilaksanakan oleh Amanah, Keadilan dan DAP.

Kesimpulan

Saya tidak nafikan kebenaran apa yang dikatakan semua pihak dalam soal ini.

Hanya ianya tidak setepat mana yang sepatutnya kerana keadaan sudah berubah. Hubungan antara Pas, Keadilan dan DAP tidak seperti dahulu. Hanya yang berada dalam perigi buta sahaja yang tidak menyedari hakikat ini dan ingin berpura-pura menipu diri bahawa ianya tetap sama.

Bagi yang menyatakan Pakatan Rakyat masih wujud, sila panggil mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Sila keluarkan kenyataan atas nama ketiga-tiga Presiden dan buktikan kewujudannya. Kalau tidak boleh maka terimalah hakikat, ianya sudah tiada.

Move on!

Kita tidak perlu berpaut kepada dahan yang rapuh. Bina kekuatan atas apa yang ada.

PRU 14: Pas sasar pertahan Kelantan, ambil semula Terengganu dan Kedah

Pas sasar kekal Kelantan, ambil balik Kedah dan Terengganu dalam PRU 14, kata Mustafa Ali
Setelah selesai dua ijtima' (seminar) pilihan raya iaitu Pahang dan Kedah, Pas mensasarkan untuk mengekalkan Kelantan dan merampas semula Terengganu dan Kedah dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kelantan kita akan pertahankan kerajaannya dan Kedah diambil alih semula.

"Kita mensasarkan 20 kerusi Dun di Terengganu (dari 32). Target kita untuk memerintah. Perlu ditawan semula kerana negeri itu pernah di perintah oleh Pas," kata Mustafa ketika berucap di ijtima' pilihan raya Pas Terengganu dekat Rusila, Marang semalam.

Menurutnya, pengundi atas pagar menjadi undi penentu untuk kemenangan parti itu di Terengganu.

"Ini termasuk pegawai kerajaan, keluarga mereka dan peniaga, mereka perlu didekati," katanya.

Namun begitu, Mustafa berkata, Perlis sukar (untuk dimenangi Pas) kerana BN menggunakan 3M (Money, mechinery and Media). Parti itu kenal semua pengundi," katanya.

Untuk tujuan mencapai kemenangan itu, katanya, menjadi tugas jentera parti Pas untuk pastikan pengundi bukan Islam mengundi parti itu dalam PRU 14 nanti.

Mustafa, veteran pilihan raya Pas itu menjangkakan, PRU14 akan diadakan tahun depan iaitu 2017, tidak sampai 2018.

Ia berikutan kemenangan BN di pilihan raya negeri Sarawak dan dua pilihan raya kecil iaitu Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Bagi beliau, kemenangan tidak mustahil dalam pilihan raya umum akan datang kerana Umno dan BN semakin tidak kuat.

"Mereka hadapi masalah kredibiliti di kalangan pemimpinnya ekoran skandal 1MDB," katanya.

Langkah kekalkan Pas di Selangor kelirukan rakyat, kata Pemuda Amanah


Pemuda Amanah menganggap langkah mengekalkan Pas dalam kerajaan negeri Selangor akan terus mengelirukan rakyat kerana parti itu kini sudah nyata sangat cenderung kepada Umno dengan tidak lagi bersuara menentang isu-isu korupsi terutama 1MDB.

Timbalan ketuanya, Faiz Fadzil berkata perlu ditegaskan bahawa tidak timbul soal Adun Amanah mahukan jawatan Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri kerana tidak pernah pun diminta.

Faiz FadzilFaiz FadzilNamun katanya, sejarah dua orang Adun Amanah ini menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor adalah satu pengorbanan besar dan bukti jelas komitmen kepada kesinambungan dan pengukuhan Pakatan Rakyat.

"Pertembungan tiga penjuru dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini adalah 'precedent' jelas bahawa Pas tidak lagi mahu bersama pakatan pembangkang.

"Ini adalah pilihan PAS dan semua pihak perlu menghormatinya.

"Maka, semua parti koalisi Pakatan Harapan perlu kembali ke meja rundingan secepat mungkin dan merangka strategi terbaik untuk berhadapan tiga penjuru dalam mana-mana pilihanraya," katanya dalam satu kenyataan,

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

PAKATAN HARAPAN PERLU KUKUHKAN KOMITMEN

Kenyataan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) semalam menggambarkan komitmen tinggi Amanah untuk terus berjuang bersama koalisi Pakatan Harapan dalam membawa perubahan kepada sistem dan urustadbir negara yang semakin korup.

Amanah terus bertekad membela nasib rakyat yang dizalimi serta kehidupan rakyat yang semakin ditekan kerajaan Barisan Nasional pimpinan 'Malaysian Official 1'.

Skandal 1MDB adalah kemuncak korupsi pemimpin negara. Pendedahan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat melalui tindakan 'Civil Forfeiture' menunjukkan wujudnya perbuatan-perbuatan jenayah dalam pengurusan 1MDB.

Perdana Menteri sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB bertanggungjawab sepenuhnya atas kecurian berbilion ringgit wang negara dalam skandal terbesar ini.

Kroni-kroni Perdana Menteri jelas telah mendapat faedah langsung dengan mengumpul kekayaan hasil pengubahan wang haram.

Maka, menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU-14 adalah satu kewajipan dan bukan lagi pilihan.

Rakyat mahukan satu gabungan pembangkang besar yang kuat sebagai sebuah kerajaan menanti yang serius menentang Umno dan Barisan Nasional.

Justeru, Pakatan Harapan perlu menunjukkan kesediaan untuk menjayakan agenda ini.

Pakatan Rakyat sudah terkubur dan kini digantikan dengan Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan telah membuat satu lonjakan bagi mengukuhkan agenda perjuangan ini dengan menandatangani satu perjanjian bertulis melibatkan PKR, DAP dan Amanah.

Pas yang tidak pernah bercadang menyertai Pakatan Harapan adalah punca kepada perpecahan Pakatan Rakyat.

Justeru, Pakatan Harapan perlu memandang ke hadapan.

Sebagai manifestasi kesungguhan perjuangan Pakatan Harapan, kerajaan Pakatan Harapan ditubuhkan di Pulau Pinang.

Seharusnya langkah positif dan efisyen ini perlu diikuti kerajaan negeri Selangor.

Mengekalkan Pas dalam kerajaan negeri akan terus mengelirukan rakyat.

PAS sudah nyata sangat cenderung kepada Umno dengan tidak lagi bersuara menentang isu-isu korupsi terutama 1MDB.

Perlu ditegaskan bahawa tidak timbul soal Adun Amanah mahukan jawatan Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri kerana tidak pernah pun diminta.

Namun, sejarah dua orang Adun Amanah ini menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor adalah satu pengorbanan besar dan bukti jelas komitmen kepada kesinambungan dan pengukuhan Pakatan Rakyat.

Memang benar PAS yang wujud dalam Pakatan Rakyat ketika PRU-13, namun Amanah yang menjunjung perjuangan Pakatan Rakyat yang kini disambung dan diteruskan oleh Pakatan Harapan.

Pertembungan 3 penjuru dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini adalah 'precedent' jelas bahawa Pas tidak lagi mahu bersama pakatan pembangkang.

Ini adalah pilihan PAS dan semua pihak perlu menghormatinya.

Maka, semua parti koalisi Pakatan Harapan perlu kembali ke meja rundingan secepat mungkin dan merangka strategi terbaik untuk berhadapan tiga penjuru dalam mana-mana pilihanraya.

Pakatan Harapan juga perlu segera merangka polisi dan rangka kerja bersama sebagai tawaran alternatif yang lebih baik kepada rakyat.

Jika kesefahaman ini dapat dicapai oleh semua parti koalisi Pakatan Harapan, maka cadangan 'snap election' di Pulau Pinang pasti akan dihadapi secara bersama dan penuh semangat.

Ia akan menjadi satu referendum rakyat menolak pentadbiran Najib Razak dan Barisan Nasional.

Ia juga menggambarkan solidariti kepada YAB Lim Guan Eng yang dizalimi melalui pendakwaan terpilih sepertimana rakyat membela saudara Anwar Ibrahim.

Jika dilema tiga penjuru dikatakan alasan UMNO akan terus menang dalam pilihanraya, maka kemenangan UMNO akan berterusan dalam mana-mana pilihanraya kerana ia adalah pilihan PAS yang kini tidak mahu bersama pakatan pembangkang.

Pembentukan Blok Ke-tiga adalah bukti jelas bahawa Pas tidak bersedia berjuang bersama rakyat, tetapi lebih bersedia menyambung nyawa Umno dan Barisan Nasional.

Pakatan Harapan perlu bersama mencari strategi baru dan tuntas dalam menghadapi pilihanraya sekiranya pertembungan tiga penjuru tidak dapat dielak.

FAIZ FADZIL
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional

Gencatan senjata - MB Kelantan dah mula risau PAS tumbang PRU14

 

Harakahdaily dalam berita bertajuk "Persefahaman elak tembung tiga penjuru" melaporkan:
PAS mempertahankan prinsip bekerjasama dengan sesiapa sahaja asalkan memberi kebaikan kepada rakyat.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, parti itu hanya tidak terlibat dengan kerjasama yang boleh mengundang kepada dosa.

“Pimpinan tertinggi tentunya sudah memperhalusi cadangan untuk bekerjasama memandangkan Lajnah Politik bermesyuarat setiap minggu,” katanya sebagai reaksi terhadap usaha PAS mengurangkan pertelagahan sesama pembangkang. - Hrkh.
Juga dilaporkan:
Semalam, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berharap pertelagahan sesama pembangkang dapat ditamatkan demi rakyat dan masa depan negara.

Menurutnya parti-parti pembangkang perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi memberi fokus kepada musuh sebenar iaitu Umno BN.

Ekoran kenyataan itu banyak pihak menyambut baik termasuk Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang berharap pembangkang harus bersatu kembali.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia Ahmad Fadhli Shaari pula berkata pendirian mengenai kerjasama itu jelas kerana PAS sudah mengurangkan kritikan terhadap sesama sendiri.

“Saya percaya menjelang pilihan raya umum akan datang keadaan akan kembali normal dengan kerjasama sesama pembangkang bagi menghadapi Umno dan BN.

“Persefahaman bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru seperti yang berlaku pada pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini,” katanya - Ibid.
Komen aku mudah saja, aku nampak MB Kelantan macam dah mula rasa susah hati takut PAS Kelantan tumbang PRU14 nanti.

Dan memang pun kalau berlaku pertandingan 3 penjuru dengan BN dan Pakatan arapan yang diwakili Amanah, hampir pasti PAS Kelantan akan tumbang.

Dalam keadaan PAS tidak berpecah masa PRU11 tahun 2004 PAS Kelantan nyaris tumbang, cuma mampu menang dengan kelebihan 3 kerusi saja yang tak lama selepas tu cuma tinggal kelebihan 1 kerusi selepas kalah PRK Pengkalan Pasir.

Masa tu PAS masih bekerjasama dengan PKR cuma putus kerjasama dengan DAP saja sedangkan takdak satu kerusi pun DAP bertanding di Kelantan malah pertandingan 3 penjuru pun takdak dan masa tu TG Nik Aziz masih hidup dan jadi Menterii Besar.

Kalau PAS tak berpecah dengan keujudan Amanah pun PAS Kelantan sangat sukar untuk kekalkan Kelantan dalam PRU kalau tanpa kerjasama macam dalam Pakatan Rakyat, tambah pulak dengan berbagai persepsi yang cukup buruk yang terpaksa PAS tanggung sekarang.

Jadinya memang wajar sangat untuk MB Kelantan ambil peluang untuk sokong saranan gencatan senjata oleh Timbalan Presiden PAS Ust Tuan Ibrahim tu, moga-moga dengan tiada pertandingan 3 penjuru Umno BN tak berjaya rampas Kelantan.

Cuma masalahnya, aku tak yakin TMB Kelantan Ust Nik Amar akan sokong sepenuh hati kenyataan MB Kelantan ni.

Pasainya kalau PAS perlu "kerjasama sesama pembangkang bagi menghadapi Umno dan BN" maknanya Ust Nik Amar terpaksa kerjasama dengan Hj Husam Musa juga.

Dengan hebatnya kebencian yang terpancar dari lenggok badan butir bicara Ust Nik Amar selama ni memang nampak jelas sangat betapa bencinya dia dengan sosok tubuh yang bernama Husam tu.

Pun begitu, dalam politik ni satu benda kena sentiasa ingat, kalau dah nama ahli politik apa pun tak mustahil, malah tahap taqiyah ahli politik ni kadang-kadang lebih dahsyat dari mullah syiah punya taqiyah.
 

Pilihan raya Pulau Pinang tak jadi, kata Guan Eng



Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak akan meneruskan rancangannya untuk mengadakan pilihan raya mengejut di negeri itu.

"Ini kerana PKR tidak bersetuju dengan cadangan tersebut," kata Lim pada sidang akhbarnya, hari ini.

Beberapa hari yang lalu, PKR menyatakan rasa belum cukup yakin dengan cadangan DAP untuk mengadakan pilihan raya negeri di Pulau Pinang.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, walaupun keputusan itu diambil sebulat suara oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP), mereka akan tetap meneruskan perbincangan mengenainya dengan parti lain dalam Pakatan Harapan.

"Selepas perbincangan menyeluruh, termasuk mengambil kira pandangan masyarakat madani (civil society), mesyuarat memutuskan secara sebulat suara bahawa PKR masih belum yakin dengan cadangan tersebut," katanya.

Cadangan tersebut telah menyebabkan berlakunya beberapa pertikaman lidah antara pemimpin DAP dan PKR yang menggusarkan banyak pihak.

Cadangan itu juga mendapat bantahan banyak pihak lain terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang secara jelas menyatakan tentangan terhadap rancangan berkenaan.

Mengulas lanjut, Lim berkata, keputusan itu dibuat setelah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali memaklumkan kepada beliau bahawa pimpinan parti itu tidak bersetuju untuk mengadakan pilihan raya awal.

"Semasa pertemuan dengan Azmin dan beberapa pemimpin utama PKR pada 20 Julai yang lalu, PKR menyatakan kebimbangan kehilangan lebih banyak kerusi berbanding DAP.

"PKR mencadangkan DAP menyerahkan satu atau dua kerusi di bahagian pulau kepada PKR untuk lebih menyakinkan cadangan itu, bagaimanapun, kita merasakan ia tidak mungkin berlaku," katanya dalam kenyataan.

Justeru, ekoran ketidak setujuan PKR mengenai pilihan raya tersebut, DAP tidak akan meneruskan rancangan itu walaupun Parti Amanah Negara (AMANAH) telah bersetuju mengenainya.

Pengumuman Lim hari ini pastinya menyebabkan banyak pihak menarik nafas lega walaupun Gerakan telah bersedia untuk meletakkan 13 calon untuk bertanding, selain PAS yang turut bersedia untuk bertanding jika pilihan raya itu diadakan.

Sudah berbillion duit negara terbakar hangus, namun biskut empat segi juga yang sibuk diviralkan..!!

SUDAH BERBILLION DUIT TERBAKAR HANGUS
biskut krim kraker juga yang sibuk diviralkan....
.
Ramai pulak orang kita ni yang rajin dan bersemangat berkongsi dan memviralkan isu biskut krim kraker terbakar, yang kononnya dicampurkan dengan plastik... Alahai. Logiklah dah namanya 'krim kraker' yang berasaskan minyak kelapa sawit, memanglah agen pembakaran...
.
Begitu juga bahan makanan kering yang lain yang berasaskan gandum, boleh terbakar. Mi segera keluaran syarikat terkenal pun boleh menyala. Dan kuih bakar yang diusahakan turun-temurun oleh orang Melayu pun, boleh terbakar. Tak kan kuih bakar pun dicampur plastik?
.
Tapi, itulah. Cepat sangat orang kita ni melatah. Maka dikongsi, diviralkanlah kononnya kita sudah tertipu makan biskut plastik! Ek eleh...
.
Duit kita yang berjuta dan berbillion terbakar hangus, tak pulak tunjuk semangat nak kongsi atau viralkan. Sedangkan soal berkenaan telah membakar poket seluruh Rakyat Malaysia tanpa mengira yang makan biskut, makan plastik mahupun yang makan dedak. SEMUA KENA!

Ahmad Zuber
.
* Kami pendidik, bukan ahli politik.

Saturday, July 30, 2016

Muhyiddin simpati pada Anwar, tapi samar tentang pembebasannya

Alyaa Alhadjri & Zikri Kamarulzaman
30 Jul 2016, petang 3:22 (Dikemaskini 30 Jul 2016, petang 3:48)

Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyatakan simpati dengan usaha-usaha untuk membebaskan mantan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bersama presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di sisinya, Muhyiddin ditanya sama ada beliau akan menyokong pembebasan Anwar memandangkan beliau kini bekerjasama dengan pembangkang.

"Ada pihak katakan boleh ke Anwar dibebaskan. Dalam persekitaran situasi politik sekarang saya tak dapat melihat itu boleh berlaku.

"Lepas pilihan raya mungkin dengan pendirian dengan PKR, kita dah duduk semeja jadi sebahagian rakan. Apa-apa pun keputusan kita kongsi bersama.

"Saya harap anda faham apa yang saya cuba katakan," katanya.

Bercakap pada sidang akhbar pertamanya dengan Wan Azizah dan pemimpin PKR lain di Subang Jaya hari ini, Muhyiddin menegaskan bahawa beliau bersimpati dengan Anwar dan bimbang dengan tahap kesihatannya.

"Masa dia dipecat kerajaan, menteri yang jumpa beliau seorang-seorang ialah saya.

"Saya bersimpati, saya faham kerana saya tahu (keadaan Anwar). Yang penting sekarang soal kebajikan dan kesihatan (Anwar).

"Saya selalu tanya Kak Wan how is he (anwar) doing," katanya.

Muhyiddin sertai PKR jelajah isu 1MDB

Bekas Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin telah bergabung dengan PKR untuk memulakan siri jelajah seluruh negara bagi menjelaskan skandal 1MDB secara mudah kepada orang ramai.

Dalam penampilan dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Muhyiddin berkata mereka akan menumpukan usaha di kawasan bandar dan luar bandar.

"Saya kira mungkin isu 1MDB kalau tak diberi penjelasan secara meluas dalam bahasa agak mudah rakyat sampai bila pun tak tau kesan dan impak ke atas negara," kata bekas timbalan perdana menteri itu.

Ditanya kemudian jika kerjasama ini bermakna beliau akan menyertai PKR, Muhyiddin berkata ia bukan satu isu dan beliau akan menyokong inisiatif PKR tanpa mengira parti mana yang disertainya.

Muhyiddin akhirnya dipecat daripada Umno bulan lalu selepas mengkritik Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal 1MDB.

Beliau dijangka mengetuai sebuah parti baru, yang terdiri daripada 'pemberontak' Umno termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sementara itu berkata Umno mempunyai agenda untuk menipu rakyat Malaysia dalam isu 1MDB.

Beliau berkata penerangan bergerak itu akan bermula tidak lama lagi, walaupun tidak diberitahu secara spesifik pada sidang akhbar di Subang Jaya hari ini.

Shafie Afdal Yakin BN kalah dua negeri PRU depan

JAMILAH HAMZAH

KULIM - "Kali ini saya penuh yakin Umno-BN akan kalah di peringkat Negeri Kedah pada PRU akan datang, Insya-ALLAH,"demikian kata bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal  pada program Bicara Isu Semasa Selamatkan Malaysia di Karangan, malam tadi.

Malah, beliau berkata Sabah juga akan mengikut jejak langkah negeri ini yang akan bertukar kerajaan pada PRU depan.

"Dulu saya pernah jadi pengerusi perhubungan Umno di Kedah saya sudah jelajah kampung-kampung di sini,  saya penuh yakin kita akan ambil balik dari BN, bukan setakat Kedah Insya ALLAH dengan kudrat yang kita ada akan ambil alih Sabah daripada BN.

"Payung Umno sudah rosak bukan lagi melindungi bangsa melindungi agama tapi perjuangan untuk melindungi Datuk (Seri) Najib Razak," ktanya.

Beliau juga menyeru supaya rakyat tidak mensia-siakan kuasa yang ada untuk  membuang undi pada nanti.

"Saya sedar rakyat tak ada duit tapi saya sedar kuasa yang ada pada rakyat digeruni ditakui oleh pimpinan termasuk  Najib.

"Bila menjelang pilihan raya saja pemimpin tak boleh tidur pusing kampung bagi bantuan sehingga jam dua atau tiga pagi, kenapa sebab nak dapat undi daripada anda semua,"katanya.

Katanya lagi, untuk membela nasib bangsa Melayu dan agama rakyat perlu memilih dan mengundi parti baharu yang bakal ditubuhkan tidak lama lagi.

"Terjemahkan kehadiran kepada pilihan raya ini, jangan jual kuasa undi gunakan untuk anak bangsa kita nanti kerana parti ini akan membela anak bangsa dan agama kita,"katanya.

Dalam pada itu, Mohd Shafie juga turut menerangkan selepas melepaskan jawatan di dalam Umno membolehkannya kembali berjuang untuk rakyat, agama dan bangsa.

"Ketika saya digantung, saya rasa bersama dengan Unmo saya tak boleh bernafas, jadi bila saya keluar Umno baru boleh bernafas.

"Bukan setakat itu saya juga rujuk kepada seorang ulama yang ada di Masjid Nabawi ketika mengerjakan Umrah, saya jelaskn semua kepadanya yang berlaku slps itu ulama beritahu pada saya kemungkaran dan kezaliman perlu dibanteras,"katanya.

Muhriz Pelawa ahli Umno sertai parti baharu

MOHAMAD FAKHRI MOHD

KODIANG – Semua ahli Umno dipelawa untuk menyertai parti baharu yang bakal ditubuhkan tidak lama lagi untuk menyelamatkan Malaysia.

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata,  beliau akan pastikan parti itu ditadbir dengan penuh integriti dan kewibawaan.

“Saya bagi jaminan parti baharu yang nak ditubuhkan ini akan pastikan tegakkan syiar Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan majukan tanah air yang kita cintakan ini. Parti dulu tidak lagi memperjuangkannya.

“Kita jangan bagi ruang langsung kepada salah guna kuasa oleh mana-mana pihak, tidak timbul masalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam parti baharu ini,” katanya pada ucapan sempena majlis rumah terbuka Aidilfitri Adun Ayer Hitam di Dataran Haji Salleh Lebai Junus, di sini, semalam.

Turut hadir pada majlis itu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri, Datuk Mohd Shafie Apdal; Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.

Menurutnya, walaupun penubuhan parti baharu itu terpaksa ditangguhkan, namun ia tetap akan direalisasikan dalam sedikit masa lagi.

“Maklumlah kita akan hadapi sedikit kekangan oleh pihak-pihak tertentu, tapi kami tetap nak tubuh parti. Silap-silap (mungkin) Tun Mahathir sendiri yang akan pergi bertemu dengan ROS (Pendaftar Pertubuhan) untuk serah borang tubuh parti baharu.

“Saya nak minta kalau boleh bila dah ditubuhkan parti, biarlah di Kedah kita bermula di Jerlun. Kawan-kawan di luar Jerlun, sampaikan kepada kawan-kawan lain. Kalau nak jadi ahli ada satu syarat, hanya kepada ahli-ahli Umno saja, jangan jadi ahli dua parti,” katanya.

Mukhriz berkata, semua ahli Umno perlu meninggalkan parti itu sekiranya sayangkan agama, bangsa dan tanah air.

“Saya tahu ini satu keputusan cukup besar. Saya sendiri pun bila dah kena pecat terduduk juga sebab sayang (parti). Tapi bila sampai tahap dah macam ini, saya ingat tak boleh berbuat apa dan terpaksa bergerak dalam pentas baru.

“Yang akan mempelopori parti baharu ini bermula dengan Tun Mahathir sendiri, Tan Sri Muhyiddin dan saya sendiri bersama rakan-rakan yang akan sertai kami,” katanya.

Bola Kedah : Sudah tiba masanya JURULATIH direhatkan..

Dengan keputusan seri lagi malam ini sudah tiba masanya TAN CHENG HOE berehat atau direhatkan... Kedah kena cari JURULATIH yang baru untuk mempelbagaikan semula rentak tactikal dan versi permainan... dilihat sekarang tactikal TCH seperti dah tepu dan gagal direalisasikan di atas padang....

walaupun dengan pemain yang boleh dikatakan 85% serba lengkap maka sekarang terletak pada tactikal pula untuk merencanakan corak permainan Kedah... namun itu semakin kurang diterjemahkan diatas padang dengan corak TCH ini....

Nak dikatakan corak tiki taka hendak diterapkan...sejak bila TCH belajaq rentak ini...bilamasa beliau pergi berkelana di Sepanyol sana... apa yg ada hanyalah peninggalan sisa2 bekas pemangku jurulatih kedah musim lepas iaitu Ramon Marcotte...

Jadi berehatlah duhai TCH....bukalah mata wahai pengurusan KFA.....

Mahkamah Tinggi batal keputusan UM terhadap lima siswa

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membatalkan keputusan lembaga disiplin Universiti Malaya mengenakan denda atau menggantung lima pelajarnya kerana menganjurkan dan menyertai perhimpunan bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dua tahun lalu.

Mereka ialah bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol dan ahli jawatankuasanya Safwan Shamsuddin, Adam Fistivil Wilfrid, Haw Yu Hong dan Khairol Najib Hashim.

Hakim Mohd Yazid Mustafa, dalam membenarkan permohonan semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan lembaga itu, memutuskan bahawa prosiding tatatertib tidak dijalankan mengikut Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar) 1997.

Ia juga memutuskan bahawa apabila lembaga disiplin UM bertemu dengan lembaga rayuan, ia dilakukan tanpa kehadiran pelajar berkenaan.

Kelima-lima mereka diwakili peguam New Sin Yew.

Universiti itu menggantung Fahmi selama dua semester dan denda RM600, manakala Safwan digantung selama satu semester dan didenda. Sementara pelajar lain hanya dikenakan denda.

Exco Kedah - Ketum tidak diiktiraf bidang perubatan

Wartawan Sinar Harian

ALOR SETAR – Rakyat Kedah disarankan supaya lebih berhati-hati dalam isu cadangan tanaman pokok ketum di seluruh negara kononnya untuk memenuhi permintaan pasaran luar negara.

Exco Kesihatan, Datuk Dr Leong Yong Kong berkata, ia kerana isu pokok ketum masih dalam proses pindaan daripada Akta Racun kepada Akta Dadah Berbahaya.

“Saya ada dengar pihak Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) cadang tanam dan eksport pokok ketum, tapi kita tak tahu negara mana yang nak terima. Adakah Malaysia benarkan untuk tanam sebab perundangan itu pun belum selesai.

“Kita masih dalam proses pindaan Akta. Apabila Risda buat cadangan itu ia seolah-olah bercanggah dengan kerajaan. Tahun lepas kita nak letak ia dalam Akta Dadah Berbahaya, tapi tergendala sebab ada pihak kata ia mempunyai kesan kesihatan,” katanya.

Menurutnya, pihak Risda sepatutnya membuat kajian terperinci terlebih dahulu mengenai kesan dan kebaikan pokok ketum kepada manusia sebelum membuat cadangan untuk mengeksport ke luar negara.

“Kita sedia maklum ketum ini memudaratkan kesihatan, tapi kalau mengambilnya dengan dos atau kuantiti yang terlalu sedikit ia boleh memberi tenaga dan boleh hilangkan sakit badan.

“Tapi kalau diambil dengan dos atau kuantiti yang banyak, ia boleh menyebabkan kesan kepada kulit menjadi kehitaman, letih, kesan kepada otak dan organ dalaman,” katanya.

Yong Kong berkata, daun ketum juga tidak pernah diiktiraf dalam bidang perubatan untuk merawat penyakit.

“Cuma ia dikatakan boleh menyembuhkan penyakit tertentu. Bagaimanapun, hasil kajian tidak membuktikan ia boleh merawat penyakit, termasuk kanser.

“Ada beberapa kawasan di utara Kedah yang dikenal pasti mempunyai tanaman pokok ketum, tapi pihak berkuasa telah menasihatkan supaya tukar tanaman itu kepada tanaman lain,” katanya.

Polis pantau facebook yang sebar kebencian dan kekecohan dikalangan penyokong


GEORGETOWN - Polis akan memantau beberapa laman sosial termasuk akaun Facebook yang menyebarkan kebencian sehingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan penyokong bola sepak negeri ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Mior Faridalatrash Wahid berkata, tindakan itu dibuat berikutan insiden bas penyokong Kedah dilempar batu di Jalan Datuk Keramat, di sini, yang dikatakan dirancang dan disebar lebih awal di laman Facebook.

Beliau berkata, polis tidak akan berkompromi dalam isu membabitkan ketenteraman awam dan akan memastikan budaya ganas atau samseng bola sepak tidak berlaku di negeri ini.

"Sekarang ini kami pantau semua termasuk beberapa akaun Facebook yang dikenal pasti menyebarkan kebencian dalam kalangan penyokong bola sepak dan tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Selasa lepas, bas yang membawa penyokong Kedah dilempar batu oleh sekumpulan lelaki bermotosikal dipercayai penyokong Pulau Pinang selepas perlawanan Liga Super antara kedua-dua pasukan itu yang menyaksikan Pulau Pinang menewaskan Kedah 3-2.

Berikutan itu, polis menahan enam lelaki yang disyaki terlibat semalam, dan kesemua mereka yang berusia antara 16 dan 40 tahun itu direman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan. - Bernama

Jawapan Kerajaan Negeri Pas Kelantan berkenaan hasil lawatan ke Krabi

LAWATAN KELANTAN-KRABI MENGHASILKAN HUBUNGAN POSITIF.
Oleh : Mohamad Sahrulnizam Mat Rashid
Pegawai Khas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan

Rombongan Kerajaan Negeri Kelantan ke Wilayah Krabi, Thailand pada hari ini diteruskan dengan mengadakan kunjung hormat ke atas Yang Dipertua Majlis Agama Islam Krabi. Disamping berseminar berkaitan pengurusan tanah, delegasi kerajaan turut mengadakan lawatan ke Majlis Agama Islam disini bagi meninjau pengurusan Masjid dan pengurusan hal ehwal agama Islam di Krabi.

Didalam sesi perbincangan dua hala, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Krabi merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pimpinan dan delegasi Kerajaan Kelantan kerana sudi hadir ke Pejabat Majlis Agama Islam Krabi. Beliau turut memaklumkan bahawa terdapat lebih 200 buah Masjid diseluruh wilayah Krabi yang diselia oleh Majlis Agama Islam disini. Berbeza dengan wilayah lain di Thailand, pengurusan Masjid disini lebih kehadapan dengan menjadikan teknologi diatas talian (IT) sebagai medium menyampaikan informasi dan maklumat berkaitan Islam kepada orang ramai malah keberkesanan sistem yang digunakan ini telah dijadikan contoh oleh wilayah-wilayah lain di Thailand. Majlis Agama Islam Krabi juga telah diberikan mandat oleh Kerajaan Thailand untuk membangunkan industri halal.

Bagi perancangan masa hadapan juga, Majlis Agama Islam Krabi sedang dalam proses untuk menghantar pelajar-pelajar Islam di wilayah ini bagi mendalami ilmu agama di pondok-pondok di Negeri Kelatan disamping membina rangkaian strategik didalam pembangunan ilmu agama diantara Kelantan-Krabi.

Dalam pada itu, Dato' Mohd Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata pihak kerajaan sangat berbesar hati  dan bersedia untuk mengadakan kerjasama dengan Majlis Agama Islam Krabi  bersama-sama Jabatan Agama Islam Kelantan untuk membina jaringan terutamanya melibatkan pertukaran pelajar yang ingin mendalami ilmu agama diantara kedua wilayah ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan, Dato' Mohd Nassuruddin Daud turut diberikan penghormatan untuk menyampaikan kuliah agama di Pondok An-Harul U-Loom, Koh Klang, iaitu sebuah institusi pemulihan dadah yang terdapat di wilayah Krabi.

Rombongan Kerajaan Negeri Kelantan ke Wilayah Krabi tidak hanya mengadakan seminar dan perbincangan berkaitan hal ehwal tanah, tetapi disertakan dengan pelbagai program rasmi bagi membina hubungan dan jaringan antara Negeri Kelantan dan Wilayah Krabi. Antara aspek dan sektor yang menjadi perhatian selama lawatan adalah pembangunan Islam, pelancongan, pembangunan hub halal, pemerkasaan institusi pondok dan pengajian agama serta pengurusan majlis agama Islam yang terdapat disini.

Friday, July 29, 2016

Kebenaran Draft Pendakwaan Najib Bakal Terbongkar..!


Inilah masa dan peluangnya bagi Zeti, Abu Kasim dan Gani menyatakan kebenaran..! Kalau dahulu mereka masih penjawat awam dan terikat dengan akta dan undang undang..! Kini mereka dicabar untuk menyatakan kebenaran dari fitnah yang menggejala..!

Jangan dihalang pulak mereka hadir ke Mahkamah..! Jangan dibiar pulak hakim tangguh tanguh hingga lenguh..!

Biar Mahkamah yang adil, bebas dan telus memberikan hukuman sebenar..! Bukan Mahkamah pengecut@bacul tu..!!!

Aduan Pemuda Umno: Siapa Sebenarnya Berkonspirasi?

ALHAMDULILLAH, satu peluang keemasan terbuka kepada pihak-pihak yang berpengetahuan mengenai skandal raksasa 1MDB untuk menyatakan kebenaran.

Kini, demi mempertahankan diri daripada satu tuduhan yang sangat serius, mereka terpaksa memberitahu polis apa yang mereka tahu mengenai skandal itu dan pelaku-pelakunya.

Mereka yang saya maksudkan adalah bekas Peguam Negara (Tan Sri) Abdul Gani Patail, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (PSRM) (Tan Sri) Abu Kassim Mohamed dan bekas Gebenor Bank Negara, (Tan Sri) Zeti Akhtar Aziz.

Mereka telah dituduh dalam satu laporan polis oleh Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairul Azwan Harun, terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak dan kerajaan yang sah.

Ini adalah satu dakwaan yang sangat berat yang boleh ditakrifkan sebagai penderhakaan terhadap kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Jadi wajib disiasat rapi.

Saya tidak tahu apa tujuan tersirat si pembuat laporan. Tetapi secara tersurat, ia nampak seolah-olah satu lagi kegiatan puji ampu oleh pemakan-pemakan dedak Umno.

Namun saya berterima kasih kepada Khairul Azwan kerana akibat laporan beliau itu, ketiga-tiga tokoh yang dituduh boleh memberi keterangan mengenai apa yang mereka tahu berkaitan skandal 1MDB, SRC International Sdn Bhd dan "derma Arab" RM2.6 bilion yang selama ini terpaksa mereka rahsiakan.

Banyak yang boleh mereka ceritakan kepada polis bagi menafikan tuduhan Pemuda Umno itu.

Misalnya mereka boleh menjelaskan sama ada benar atau tidak ura-ura bahawa Mohd Najib di ambang tangkapan dan pertuduhan di mahkamah pada akhir Julai tahun lalu bersabit kes pecah amanah duit SRC International Sdn Bhd.

Abdul Gani sendiri boleh mengesahkan sama ada betul atau tidak jawatannya sebagai Peguam Negara ditamatkan secara mendadak pada 28 Julai lalu kerana beliau sedang bersiap sedia menangkap dan menghadapkan Mohd Najib ke mahkamah bersama-sama dengan Nik Faizal Ariff Kamil dalam kes penipuan SRC International.

Zeti boleh menjawab mengenai hasil penyiasatan ke atas pengaliran keluar-masuk duit 1MDB dan kaitannya dengan “derma” RM2.6 bilion yang masuk akaun peribadi Mohd Najib di AmBank.

Ambank telah pun mengaku salah atas pembabitannya dalam pemindahan wang tersebut dan membayar denda RM53.7 juta kepada Bank Negara November lepas.

Abu Kassim pun macam itu juga. Dia terpaksa menafikan tuduhan itu dengan menceritakan kepada polis apa yang SPRM telah temui dalam siasatannya ke atas SRC International, 1MDB dan derma RM2.6 bilion.

Rakyat Malaysia yang tidak keracunan dedak percaya bahawa SPRM telah membina kes yang cukup kuat yang melibatkan Mohd Najib dan Nik Faisal dalam pengalihan haram duit SRC International sebanyak RM42 juta.

Kempen dedak pertahankan Mohd Najib

Hanya dengan mendedahkan maklumat-maklumat ini untuk dirakamkan oleh pihak polis barulah mereka dapat mempertahankan diri daripada tuduhan Pemuda Umno itu.

Saya yakin banyak lagi maklumat yang ada dalam kepala mereka mengenai siasatan ke atas 1MDB, SRC International dan derma RM2.6 bilion yang boleh mereka ceritakan kepada polis demi membela diri.

Polis, khususnya pegawai penyiasat, tentu tidak berani main kayu tiga dengan tiga orang ternama ini kerana mereka mempunyai pengalaman yang luas di segi undang-undang dan pasti akan diwakili oleh peguam yang cekap.

Abdul Gani sendiri adalah peguam cergas setelah membuka khidmat guamannya sendiri selepas dibuang kerja kononnya beliau sakit teruk. Itulah tahap propaganda pemakan dedak.

Mahkamah Pendapat Umum

Di segi pendapat umum pula, simpati adalah bersama mereka yang dituduh oleh Pemuda Umno itu. Dalam mahkamah pendapat umum, juri rakyat memihak kepada mereka.

Jadi saya hairan apa maksud tersirat Pemuda Umno membuat laporan polis dengan tuduhan yang sangat berat itu.

Perbuatan mereka boleh menjadi senjata yang menikam ketua nombor satu mereka – Mohd Najib - sendiri.

Saya tidak berani mengatakan ada konspirasi halus oleh Pemuda Umno terhadap Mohd Najib melalui laporan atau ia sekadar publisiti murahan kelas pemakan dedak.

Mungkin juga ini adalah cetusan idea gilang-gemilang Pemuda Umno untuk mengalihkan pandangan umum daripada saman sivil KARI (Kleptocracy Asset Recovery Initiative) di Amerika Syarikat yang melibatkan ahli keluarga dan sahabat akrab "Pegawai Nombor Satu Malaysia".

Wallahuaklam.

http://politikputramerdeka.blogspot.my/2016/07/kebenaran-draft-pendakwaan-najib-bakal.html?m=1

DS Mohd Shukri - 'Politikus, hakim ingatlah akhirat'


Tahun lalu memperlihatkan pelbagai peristiwa dramatik dilalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hinggakan pada suatu ketika kakitangannya mengadakan solat hajat.

Hari ini Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull sekali lagi memberi pesanan dengan mengingatkan orang ramai kepada tuhan.

Berucap di majlis perpisahan di Putrajaya beliau berkata semua orang termasuk ahli politik, hakim dan pegawai-pegawainya akan dipertanggungjawabkan di akhirat.

Kata Mohd Shukri mereka perlu sentiasa jujur dalam tugasan masing-masing kerana pada akhirnya akan ada balasan menanti di akhirat.

“Nasihat saya kepada para hakim, jatuhkanlah hukuman seadil-adilnya kerana semua pihak - sesiapapun terlibat - satu hari nanti kita akan bertemu hakim yang Maha Adil yang akan menjatuhkan hukuman pada kita.

“Pada waktu itu, semua orang - termasuk saya - akan jadi saksi terhadap diri kita sendiri, (juga) menjadi peguam bela ke atas diri kita.

"Sesungguhnya hukuman itu akan menjadi hukuman yang paling adil berdasarkan apa yang kita lakukan di muka bumi," katanya.

Sebagai agensi antirasuah SPRM sentiasa menjadi perhatian ramai. Namun pada tahun lalu tumpuan itu semakin meningkat ekoran pembabitan mereka menyiasat isu berkaitan syarikat milik penuh kerajaan, 1MDB.

Siasatan itu menyaksikan berlaku ketegangan antara SPRM dengan polis termasuk serbuah ke atas Bahagian Operasi Khas SPRM.

Dipindah ke JPM

Tindakan itu dipercayai ada kaitan dengan dakwaan pembocoran kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin turut dipindahkan dari agensi berkenaan ke Jabatan Perdana Menteri secara mengejut.

Bagaimanapun selepas mendapat kritikan ramai perpindahan itu kemudian dibatalkan. Bahri kemudian kembali ke bahagian berkenaan.

Solat hajat dilakukan SPRM antara lain untuk memohon kepada Allah supaya mereka diberi kekuatan untuk "melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin".

Hari ini selain Mohd Shukri, ketua suruhanjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Datuk Mustafar Ali turut diraikan kakitangan agensi berkenaan.

Abu Kassim akan menamatkan perkhidmatannya mulai 1 Ogos manakala Mustafar dipindahkan menjadi ketua pengarah Jabatan Imigresen Malaysia mulai tarikh sama.

Mohd Shukri kemudian melanjutkan pesanannya: "Kepada orang-orang politik, menteri-menteri wakil-wakil rakyat dan sesiapa sahaja yang dalam politik, ingatlah tuan-tuan di atas sana kerana rakyat.

“Utamakan rakyat, berkhidmatlah dengan seikhlas hati dan penuh berintegriti (kerana) ingatlah satu hari nanti rakyat akan menjadi saksi apabila bertemu Pencipta kita," katanya.

Ketika itu kata Mohd Shukri tiada apa pun yang akan membantu mengubah ketetapan dibuat-Nya, termasuk jawatan atau sebarang bentuk konspirasi.

Suara Mohd Shukri kedengaran sebak ketika mengucapkan ayat berkenaan.

Orang ramai di dewan itu menjadi semakin beremosi apabila Mohd Shukri mula memberi nasihat kepada pegawainya dengan berkata mereka harus jujur menjalankan tanggungjawab dan tidak gentar melawan rasuah.

“Kepada anak buahku, buatlah kerja dengan betul tanpa rasa takut dan gentar kerana di SPRM bukanlah tempat untuk pegawai-pegawai yang kecut, penakut dan gentar.

“Peliharalah kebebasan SPRM (untuk) mencegah rasuah. (Ia) bukan kerja yang mudah (kerana) banyak cabaran dan dugaan (didepani tetapi) hadapilah rintangan ini dengan penuh cekal dan tabah,” katanya.

Bunyi esakan daripada kakitangan SPRM dapat didengar pada ketika itu.

Penjelasan Kerajaan PAS Kelantan sebab apa mesyuarat di Krabi Thailand


Baru-baru neh kecoh di laman sosial kononnya kerajaan negeri PAS Kelantan telah mengadakan lawatan kerja sambil belajar (melancong) Krabi,  Thailand. Tindakan itu dikritik secara berleluasa di media sosial terutamanya oleh penyokong2 Parti Amanah Negara (PAN).

Dokumen yang melibatkan aturcara majlis ketika berada di Krabi turut disebarkan. Setakat ini belum ada apa-apa penafian dari kerajaan negeri tentang ketulenan kandungan dokumen tersebut oleh itu ianya dianggap benar.  Event ini dikritik kerana melibatkan jumlah peserta yang ramai serta tidak menetapkan matlamat yang jelas.  Bahkan pemilihan lokasi untuk mengadakan mesyuarat turut dikritik netizens.

Di saat ramai mangsa banjir masih lagi terabai di Kelantan wajarkah satu delegasi besar mengiringi Nik Amar ke Kelantan.  Tambahan pula segala kos dibiayai oleh rakyat jelata. Itu la yang dipersoalkan mereka.

Dan berikut adalah kemaskini susulan dari TMB kelantan selepas tersebarnya kritikan tersebut.

Delegasi Kerajaan Negeri Kelantan yang diketuai oleh Timbalan Menteri Besar, Dato' Haji Mohd Amar Abdullah dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan pada pagi ini telah mengadakan lawatan rasmi ke atas Gabenor Wilayah Krabi, Thailand. Di dalam perjumpaan mahabbah diantara pimpinan kedua wilayah ini, pelbagai perkara telah dibincangkan bersama, antaranya berkenaan industri pelancongan, ekonomi dan pembangunan produk halal. Berteraskan dasar 'Think of Thailand, Think of Krabi', pihak berkuasa Krabi sekarang ini sedang giat membangunkan tarikan-tarikan pelancongan baru yang dapat menarik segmentasi pelancong yang menekankan aspek kualiti dan bebas maksiat.

Disamping itu, wilayah Krabi juga sedang dalam proses untuk dijadikan hab penghasilan produk halal terbesar di Thailand. Menurut Gabenor Krabi, setiap tahun Krabi menerima kedatangan pelancong melebihi 10 juta orang. Tambah beliau lagi, pelancong tidak hanya datang menikmati keindahan alam, tetapi masyarakat muslim diseluruh dunia juga datang untuk menyelami kehidupan masyarakat Islam disini. Ini kerana, berdasarkan rekod, hampir separuh daripada populasi penduduk Krabi adalah beragama Islam.

Malah, kebanyakan pengusaha sektor pelancongan di Krabi pada sekarang ini dipolopori oleh masyarakat Islam dan giat mempromosikan pelancongan bebas maksiat. Hasil daripada lawatan ini, Dato' Mohd Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan berharap kerjasama strategik dapat dijalankan diantara wilayah Krabi dan Negeri Kelantan terutamanya yang melibatkan sektor pelancongan dan pembangunan industri hub halal di kedua wilayah.

Disamping itu, beliau menegaskan, hubungan dua hala diantara wilayah ini akan terus diperkemaskan pada masa hadapan bagi memastikan pelbagai faedah dan manfaat dapat diperolehi serta diaplikasi diantara Kelantan-Krabi.

Laporan Ketua Audit Negara bakal hilang status rahsia

Wartawan Sinar Harian
Adam A Kadir

SHAH ALAM - Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan lagi dokumen rahsia rasmi kerajaan, apabila ia jatuh ke tangan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dalam prosiding sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.

Bekas Presiden Senat, Tan Sri Adam A Kadir berkata, badan penyiasat dunia itu berupaya mendapatkan segala maklumat termasuk laporan sulit itu, bagi mendapatkan kebenaran di sebalik penglibatan lima orang yang disyaki menggunakan duit curi daripada 1MDB.

“FBI akan minta maklumat, kalau kerajaan nak bagi. Kalau kita bagi, dia mesti nak maklumat lagi. Bagi maklumat yang sebetulnya, kerana dengan maklumat itu, Amerika akan membuat kesimpulan yang lebih tepat daripada saman sivil itu.

“Amerika dapat maklumat daripada mana, itu kebijaksanaan mereka. FBI merupakan badan penyiasat nombor satu dunia. Mungkin kita pegang rahsia tertentu, bagi pihak lain, ia bukan rahsia,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas kemungkinan saman sivil DOJ minggu lalu akan membuka jalan kepada campur tangan kuasa asing itu dalam pentadbiran negara, terutama akses kepada dokumen rahsia kerajaan seperti laporan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mengenai siasatan 1MDB.

Beliau berkata, tiada had tertentu diletakkan dalam perkongsian maklumat antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan FBI, sebaliknya bergantung kepada budi bicara serta kejujuran kerajaan Malaysia dalam membantu prosiding sivil itu.

“Hubungan ini berdasarkan saling hormat-menghormati, kalau kita tipu kawan kita atau sekat maklumat tertentu, lain kali hubungan itu tiada rasa hormat lagi, atau nanti kita tidak akan dipercayai.

“Amerika sedang menunjukkan praktisnya. Malaysia jadi kawan Amerika dalam keadaan tertentu. Tapi kita akan jadi musuh, kalau kita tidak bertindak sepatutnya, seperti mana yang mereka mahukan,” katanya.

Beliau turut menegaskan, saman sivil itu tidak akan membuka jalan kepada campur tangan kuasa asing itu dalam pentadbiran negara, melainkan wujudnya kompromi, sama ada menghalang prosiding mahupun kes itu ditarik balik daripada pendakwaan di mahkamah.

“Kalau kita cuba mendapatkan sesuatu melalui pintu belakang dengan mereka, mungkin ia membawa kepada campur tangan dalam negara. Saya tak percaya Amerika akan setuju, kerana ini masalah negara kita, di mana wang kotor itu sudah mencemarkan sistem kewangan mereka.

“Kerana itu, mereka mempunyai kuasa untuk mengeluarkan wang itu daripada sistem kewangan Amerika dengan memulangkan semula kepada Malaysia selepas ditolak kosnya. Ini bermakna, orang bersalah itu tetap bersalah,” ulasnya.

Beliau berkata, Peguam Negara Amerika didakwa akan menamakan Malaysian Official 1 tidak lama lagi selepas mendapat tekanan seluruh dunia.

“Maka tindakan jenayah akan diambil. Sudah terang, lagi bersuluh, tapi orang yang kena suluh dalam terang itu masih lagi tidak mahu mengaku. Maka dia (Amerika) terpaksa kata (menamakan pesalah). Ini akan berlaku,” katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan, wujudnya usaha untuk berunding dengan Amerika bagi mengetepikan prosiding sivil itu, terutama yang melibatkan anak tiri Perdana Menteri.

“Mungkin ada usaha-usaha untuk berunding. Berunding itu akan merosakkan integriti kita. Sekiranya berlaku, maka dunia akan tahu bahawa ada sesuatu berlaku di belakang mereka .

“Jadi timbul soal ketelusan yang penting dalam pemerintahan dan tata urus negara sudah terjejas. Itu satu dosa besar dalam pengurusan dan kerajaan dunia kalau berlaku macam itu (rundingan),” dakwanya.

Ditanya kesan kepada Amerika jika rundingan itu diterima, beliau bagaimanapun berkata, kuasa asing itu akan hilang kepercayaan dunia khususnya sebagai pusat parkir wang sedunia pada masa akan datang jika tunduk kepada permintaan itu.

“Amerika menjadi negara nombor satu dunia, orang tak percaya Russia untuk hantar duit di negara itu, orang tak percaya kepada China untuk hantar duit. Orang hanya percaya kepada Amerika, walaupun bagaimanapun dia akan dapat balik duit kalau letak duit di negara itu.

“Jadi Amerika akan menjaga amanah ini dan dia juga ingin memastikan dunia ini, menjadi bebas daripada wang kotor atau pengubahan wang haram atau wang haram daripada korupsi. Dia kena jaga perkara ini sebaik-baiknya,” katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...