TERKINI :

Thursday, June 2, 2016

Viral pukul di Aman Sentral: 7 individu beri keterangan

JITRA - Pihak polis telah mengambil rakaman percakapan tujuh individu, termasuk saksi berhubung insiden pergaduhan di hadapan Aman Central, Alor Setar yang melibatkan Timbalan Speaker Kedah, Datuk Azmi Che Husain.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, dua saksi bebas adalah antara individu yang dirakam percakapannya.

“Rakaman percakapan terbabit diambil sepanjang kes ini disiasat sejak ia dilaporkan oleh mangsa pada 15 Mei lalu,” katanya pada sidang media di Program High Profile Policing, di Taman Setia Jaya, semalam.

Mohd Rozi berkata, Azmi turut membuat laporan di Balai Polis Kota Setar semalam dan mengaku berada di tempat kejadian.

“Namun, Azmi menafikan dia memukul mangsa seperti diviralkan dalam video,” katanya.

Menurutnya, terdahulu pihak polis juga telah melakukan kawad cam di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Setar dan akan merujuk kes ini kepada pendakwa raya dengan kadar segera.

“Kes diteruskan siasatan mengikut Seksyen 323 dan pihak polis menyeru orang ramai yang melihat insiden terbabit tampil memberi keterangan,” katanya.

Terdahulu, Mohd Rozi bersama timbalannya, Superintendan Rohana Omar dan 150 anggota hadir ke Program High Profile Policing di sini, untuk memberi bantuan kepada pasangan Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SPDRM) Kota Setar.

Pasangan terbabit, Azizan Yunus, 36, dan isterinya Najihah Mohd Radzi, 33,  tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka di Sungai Korok hangus dalam kebakaran 22 Mac lalu.

Najihah berkata, dia terharu dengan keprihatinan pihak IPD Kota Setar memandangkan dia dan suaminya hanya sukarelawan PDRM.

“Bantuan diterima amat bermakna buat kami sekeluarga, tambahan pula di bulan Ramadan yang bakal menjelma,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...