TERKINI :

Wednesday, June 8, 2016

Usul Hadi bukan usul hudud, tegas Azalina

PUTRAJAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 bukan usul hudud, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Usul yang dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu sekadar untuk meningkatkan hukuman Mahkamah Syariah, katanya.

Bercakap kepada pemberita seusai menandatangani perjanjian persefahaman program latihan patriotisme untuk para guru antara Kementerian Pendidikan dan Biro Tata Negara (BTN), Azalina menyeru semua pihak semua menghentikan spekulasi sekitar usul kontroversi itu.

“Sudah banyak yang diperkatakan mengenai usul itu. Saya fikir kita perlu tunggu hingga Oktober.”

Usul yang dibentang di Parlimen bulan lalu pada mulanya disenaraikan sebagai perkara terakhir dalam Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat, dan disangkakan tidak akan dibentangkan dalam sesi kali ini.

Bagaimanapun, usul itu didahulukan selepas Azalina mencadangkan supaya ia dibentangkan pada hari terakhir sesi Parlimen di bulan Mei.

Namun selepas pembentangan usul itu, Hadi meminta Parlimen supaya menangguhkan perbahasan usul itu ke sesi Parlimen bulan Oktober.

Ketika ditanya samada beliau percaya PAS akan menggunakan usul itu untuk meraih undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Azalina menjawab: “Saya pun tak tahu apa yang akan berlaku 10 minit selepas ini.”

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...