TERKINI :

Friday, June 17, 2016

Undi BN ibarat menghalalkan wang ‘dicuri’ Najib

Satu undi untuk parti Najib pasti akan menggelapkan kehidupan seorang anak cucu rakyat Malaysia, kata Anina Saadudin.

PETALING JAYA: Bekas ahli UMNO Langkawi, Anina Saadudin berkata pengundi di kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar perlu menolak calon BN kerana mereka bersekongkol dengan perdana menteri ‘zalim’.

Katanya, tindakan memberi undi kepada calon BN ibarat menghalalkan wang yang ‘dicuri’ perdana menteri sepanjang memerintah negara menerusi skandal 1MDB.

“Menyedari hakikat perit UMNO sudah menjadi parti Najib maka saya mengambil pendirian tegas calon Najib perlu dikalahkan dalam PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Satu undi untuk calon parti Najib adalah satu undi untuk menghalalkan setiap sen yang dicuri Najib. Setiap undi untuk calon parti Najib bermakna satu undi untuk bersubahat dengan wang yang haram dimakan umat Islam.

“Satu undi untuk parti Najib pasti akan menggelapkan kehidupan seorang anak cucu rakyat Malaysia,” katanya kepada FMT hari ini.

Sementara itu, Naib Presiden Gabungan Ketua Cawangan UMNO Malaysia (GKCM) Rushdan Mohamed berkata walaupun calon yang mewakili BN dalam PRK tersebut mempunyai rekod baik, ia tidak mampu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kejahatan yang dilakukan Datuk Seri Najib Razak.

“Sebagus mana calon dihantar oleh BN, pemimpin tersebut tidak akan ke mana kerana kebaikan mereka tidak akan mengatasi kejahatan atau keburukan yang dilakukan tuan (presiden UMNO) mereka,” katanya.

Katanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamed membantu calon AMANAH kerana parti sama turut menentang Najib selaras dengan gerakan itu mendesak perdana menteri berundur.

“GKCM turun ke kedua-dua lokasi PRK. Kami akan berkempen kepada parti yang menentang Najib iaitu AMANAH.

“Saya yakin rakyat juga menyokong apa yang GKCM buat iaitu mereka memberi undi kepada parti yang melawan Najib (BN),” katanya kepada FMT.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...