TERKINI :

Sunday, June 12, 2016

Umno pula kata Tun M kuda tunggangan Pakatan Harapan

Tun M buat kempen PRK umpama 'pesta kuda tunggangan
Tun Mahathir Mohamed
SUNGAI BESAR - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan kesediaan Tun Dr Mahathir Mohamad bersekutu dengan Pakatan Harapan yang merupakan seterunya sebelum ini, menjadikan kempen pembangkang bagi dua Pilihan Raya Kecil (PRK) umpama "pesta kuda tunggangan".

Beliau berkata kedua-dua pihak dilihat semakin celaru dengan bekas Perdana Menteri itu dan kepimpinan Pakatan Harapan dilihat saling mengambil kesempatan ke atas satu sama lain.

Katanya Dr Mahathir kini menjadi "kuda tunggangan baharu" Pakatan Harapan, manakala bekas pemimpin Umno itu pula bijak memanfaatkan sokongan parti itu terhadapnya dengan menjadikan mereka 'kuda yang boleh ditunggang' memandangkan dirinya tidak mampu bergerak sendirian selepas keluar Umno.

"Kuda yang beliau (Dr Mahathir) nampak bukannya kuda besar, tapi kuda tua seperti Lim Kit Siang (penasihat DAP), yang dia harap boleh tunggang, dan kuda-kuda patah kaki serpihan Pas iaitu Parti Amanah Negara (Amanah).

"Sekarang bukan lagi fenomena politik, tetapi lebih kepada siapa tunggang siapa. Dr Mahathir harapkan ada kuda yang boleh ditunggang dan yang lain (Pakatan Harapan) pula harap dapat tunggang dia," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu diminta mengulas tindakan Dr Mahathir yang membuat kemunculan di Sungai Besar semalam bagi menyertai satu persidangan khas bersama-sama pemimpin-pemimpin pembangkang serta menyatakan sokongan terhadap calon Amanah, Azhar Abdul Shukur yang mewakili Pakatan Harapan.

PRK Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar akan diadakan serentak pada 18 Jun ini berikutan kematian penyandang kedua-dua kerusi iaitu Tan Sri Noriah Kasnon (Sunagi Besar) dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (Kuala Kangsar) dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lepas.

Ahmad Shabery berkata kesediaan Kit Siang untuk berjuang bersama Dr Mahathir dilihat lebih menjurus kepada mencapai matlamat yang dikehendaki DAP setelah puas mempergunakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum Pas keluar daripada pakatan pembangkang.

Beliau juga yakin penyertaan Pas dan Amanah dalam kedua-dua PRK itu bukan untuk menandingi BN, sebaliknya sebagai medan untuk melihat parti mana yang lebih hebat.

"Pas nak buktikan parti serpihannya (Amanah) tak boleh hidup dan Amanah pula mahu pastikan Pas juga tak boleh ke mana. BN bukan matlamat mereka. Jadi saya seru semua penyokong BN keluar mengundi dan beri kemenangan kepada kita (BN)," katanya. - Bernama

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...