TERKINI :

Wednesday, June 1, 2016

Tawan Pulau Pinang dari DAP, selamatkan tanah Orang Melayu

RABU, 1 JUN 2016 - 4:11PM
luqman.arif@bh.com.my

KOTA BHARU: PAS perlu tampil sebagai hero dengan sasaran menawan Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) bagi mengelak tanah orang Melayu di negeri itu terus tergadai.

Perwakilan Pulau Pinang, Muhamad Hafiz Alias, berkata 43.6 peratus daripada keseluruhan penduduk Pulau Mutiara ketika ini adalah orang Melayu, kedua terbesar selepas masyarakat Cina iaitu 45.6 peratus.

Bagaimanapun, katanya, tanah persendirian orang Melayu di Pulau Pinang hanya tinggal 20.1 peratus kerana semuanya digadai kepada 'orang luar'.

"Jual tanah kepada orang luar ini ibarat jual negara, situasi sama yang berlaku di Palestin sebelum mereka dihalau keluar dari negara sendiri.

"Kini situasi sama membelenggu Pulau Pinang, angkara pemerintahan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng, yang dengan sewenang-wenangnya menjual tanah kepada orang luar.

"Hanya satu penyelesaian untuk menyelamatkan orang Melayu di negeri itu ialah PAS menggembleng tenaga dan tawan Pulau Pinang pada PRU-14," katanya pada sesi perbahasan ucapan dasar Ketua Dewan Pemuda PAS, di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini, hari ini.

Muhamad Hafiz berkata, kejayaan PAS itu berupaya menambah bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Pulau Pinang, sekali gus memberi 'suara' lebih lantang dalam mempertahankan tanah orang Melayu di negeri berkenaan.

"Jangan sampai si 'khalifah' Guan Eng ini menang (pada PRU-14) dan mengekalkan kuasanya di tampuk pemerintahan kerana selama dua penggal dia berkuasa, habis semua tanah Melayu tergadai, " katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...