TERKINI :

Friday, June 10, 2016

TAHNIAH..!! Sekarang Malaysia sudah ada Duta Pertama bertugas di VATICAN

Pope Francis terima duta Malaysia pertama ke Vatican

pope
PETALING JAYA: Tan Sri Bernard Dompok menjadi duta pertama Malaysia ke Vatican selepas bekas ketua menteri Sabah itu menyerahkan watikah perlantikan kepada Pope Francis semalam, lapor Radio Vatican.

Perlantikan Dompok merupakan kali pertama Malaysia menghantar seorang duta ke negara Katolik itu.

Dompok memainkan peranan besar dalam langkah Putrajaya menjalinkan hubungan diplomatik dengan Vatican pada 2011.

Ia susulan lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Vatican pada tahun itu untuk bertemu dengan Pope Benedict XVI.

Dompok dipetik Radio Vatican sebagai berkata proses menjalinkan hubungan diplomatik mengambil masa lama.

“Kami mempunyai 60% penganut Islam, 30% Buddha, Hindu dan lain-lain, dan hanya 10% Kristian, daripada itu, separuh adalah Katolik,” kata Dompok.

Menurutnya, hubungan diplomatik dengan Vatican mampu memberikan mesej kepada dunia yang “Malaysia sebuah negara yang mempunyai keyakinan dan bersedia mengambil bahagian dalam perbincangan antarabangsa”.

Dompok juga berkata beliau bersyukur kerana menerima pendidikan sekolah misi, dan menambah pendidikan Katolik memberi kesan dan pengaruh besar di Malaysia.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...