TERKINI :

Friday, June 10, 2016

Selepas umum bantuan RM500, PM mohon pekebun kecil undi BN

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan bantuan khas RM500 kepada 388,111 pekebun kecil getah seluruh negara melalui Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah.

Katanya, penerima bantuan daripada peruntukkan RM194 juta itu terdiri daripada 307,770 pekebun kecil yang memiliki kebun dan 80,341 penoreh yang tiada kebun sendiri.

Di sebalik bantuan khas itu, Najib memohon satu hajat daripada pekebun kecil, pemilik dan pengusaha getah.

Hajat itu adalah memohon mereka untuk mengundi calon BN di Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid.

"Saya sudah tunaikan hajat tuan-puan, jadi saya minta tuan- puan tunaikan satu sahaja hajat saya.

“Hajat saya tolong sokong calon BN (Datin Mastura Mohd Yazid). Sikit sahaja," kata Najib ketika berucap pada majlis penyampaian bantuanitu di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar hari ini.

"Bantuan ini berbentuk 'one off' adalah untuk membantu meringankan kos sara hidup mereka.

"Pecahan daripada jumlah itu ialah 307,770 adalah pemilik pengusaha dan 80,341 penoreh getah, mereka akan menerima sebanyak RM500 setiap mereka," katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata, bantuan yang diberikan ini bukanlah betujuan untuk membeli undi pengundi bagi Parlimen Kuala Kangsar.

Sebaliknya ia diberi secara konsisten oleh kerajaan sejak tahun 2013 dan 2014.

"Ini kali ketiga kita berikan bantuan. Jadi kalau orang kata kerana pilihan raya kecil, itu tak betul. Itu bidaah. Ini soal kebajikan kepada masyarakat luar bandar.

"Adalah menjadi harapan kerajaan dengan pemberian ini dapat membantu pekebun kecil yang terjejas pendapatan akibat kejatuhan harga getah yang ketara pada masa ini,"katanya.

Ini kali pertama Najib menjejakkan kaki ke Kuala Kangsar selepas kempen bermula enam hari lalu.

Pilihan raya kecil pada 18 Jun ini diadakan berikutan nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, bulan lalu yang mengakibatkan penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terbunuh.

Calon BN Datin Mastura Mohd Yazid yang mempertahankan kerusi mendiang suaminya akan berdepan dengan calon AMANAH, Dr Ahmad Termizi, calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...