TERKINI :

Saturday, June 18, 2016

Rafizi - PRK ini penting untuk menilai kecenderongan pengundi dalam PRU14

Rafizi Ramli


Selamat menjalankan amanah sebagai rakyat memilih pemimpin kepada pengundi-pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Saya juga ucapkan tahniah kepada semua jentera Pakatan Harapan terutamanya sahabat-sahabat saya dari KEADILAN yang berkempen seolah-olah calon KEADILAN sendiri yang bertanding.

Seboleh mungkin saya memakai baju oren dan semua sidang media saya diadakan di Bilik Operasi AMANAH sepanjang kempen.

Pilihanraya kecil ini penting untuk menilai kecenderongan pengundi dalam PRU14 kelak yang boleh dipanggil seawal tahun depan.

Ini kali pertama ada 3 gabungan parti yang hampir sama kuat pengaruhnya di kalangan pengundi bertarung dalam pilihanraya iaitu:

Gabungan parti-parti kerajaan di peringkat Persekutuan - Barisan Nasional

Gabungan parti-parti pembangkang di peringkat Persekutuan - Pakatan Harapan

Gabungan parti bebas (menyokong atau membangkang kerajaan mengikut isu) di peringkat Persekutuan - Blok Ketiga

Kedudukan sokongan rakyat terhadap gabungan-gabungan ini bakal memberi gambaran aspirasi dan kehendak rakyat yang perlu diambil kira dalam menghadapi PRU14 kelak.

Saya percaya dengan kebijaksanaan rakyat dan selepas ini kita perlu teliti dengan mendalam keputusan di kedua-dua PRK.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...