TERKINI :

Saturday, June 11, 2016

Rafizi dedah penyokong parti mana yang rajin menyerang beliau di fb

Rafizi Ramli

Kebelakangan ini yang paling kuat serang saya di FB ini bukan lagi penyokong Umno tetapi penyokong PAS. Seolah-olah kerja menyerang itu telah di sub-contract kepada PAS.

Malah bila saya dedahkan pembaziran nyata melibatkan penggunaan jet peribadi yang menggunakan wang rakyat oleh DS Rosmah Mansor, saya tetap diserang oleh penyokong PAS.

Ada pemimpin mereka yang mempersendakan kerja-kerja mendedahkan rasuah dalam melawan rasuah. Ada yang menulis kepada saya menuduh saya sesat dan meminta kembali kepada Islam. Ada yang kata saya sering terkedepan mendedahkan rasuah kerana saya juga turut rasuah dan datang dari lubuk yang sama iaitu Umno (sedangkan tidak ada seorang pun dari keluarga saya yang pernah menjadi ahli Umno) - maka sebab itulah saya lebih tahu mengenai rasuah berbanding pimpinan PAS yang tidak pernah tahu rasuah. Yang nyata, sebarang tindakan yang melemahkan Umno dan mendepankan Pakatan Harapan turut dilihat sebagai sesuatu yang perlu dimusuhi.

Saya tidaklah terkesan dengan serangan begini. Setakat ini jika dilihat di laman Facebook saya ini, jumlah yang menolak politik label melabel ala PAS ini dan menyokong usaha kami meletakkan keutamaan kepada isu-isu rakyat adalah lebih tinggi. Saya anggarkan 20% yang secara tegar membuat komen (dan pengikut yang "LIKE") adalah tegar PAS. Yang lain-lain menumpukan kepada isu-isu rakyat yang saya bawa.

Malangnya sikap dan pendekatan begini membawa nama buruk kepada "tarbiah PAS" yang selalu disebut-sebut. Saya sertakan satu contoh di bawah. Saya juga telah semak profail beliau dan saya percaya ia bukan dibuat-buat oleh musuh PAS untuk merosakkan nama baik PAS.

Saya sepatutnya gembira kerana dengan cara begini, penyokong PAS sendiri yang menyebabkan rakyat atas pagar makin jauh dari PAS. Tetapi saya sedih kerana PAS ini membawa nama Islam dan jika akhlaknya itu tidak melambangkan akhlak Islam, ia tidak berlaku adil kepada label "Islam" yang cuba dipamerkan.

Semoga kita sentiasa berada di dalam limpah hidayah Allah SWT.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...