TERKINI :

Monday, June 13, 2016

Prof. Agus ramal BN menang, Amanah kedua, Pas tercorot

Pensyarah Sains Politik, Prof Dato Dr Mohammad Agus Yusof meramalkan BN akan menang dalam PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar 18 Jun ini.

"Pandangan saya mudah sahaja.

"Dalam sebuah negara majmuk, kerjasama politik antara kaum itu penting.

"Sejak merdeka, parti yang dapat menonjolkan imej ini menang dalam pilihan raya.

"Dan dalam dua PRK ini, BN akan menang lagi dengan imej ini," kata beliau dalam satu kenyataan.

Beliau kecewa kerana kempen pilihan raya masih jauh dari kematangan bernegara,

"Saya melihat dua PRK ini menunjukkan kita masih jauh dari politik matang.

"Mengapa?

"Kempen masih bersifat perkauman, masih bersifat mencaci peribadi, masih bersifat menganggu ceramah parti lawan, dan masih tidak adil biarpun bebas," keluhnya,

Beliau seterusnya meramalkan Amanah di tempat kedua.

"Biarpun Amanah parti baru, tetapi kerjasamanya dalam Pakatan Harapan bersama PKR dan DAP memberinya kekuatan untuk menyaingi BN, biarpun masih tertinggal 8-10 mata peratus di belakang," katanya.

Pas pula diramalkan [aling tercorot kerana gagal dilihat suka berkawan.

"Yang rugi besar ialah PAS.

"Biarpun PAS parti lama dan teruji dalam politik negara, tindakannya bertanding sendirian tidak membawa keuntungan politik kepadanya dalam dua PRK ini," jelas beliau.

Beliau berharap selepas dua PRK ini, setiap parti dapat muhasabah semula hala tuju parti masing-masing.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...