TERKINI :

Wednesday, June 8, 2016

PERKASA senyum PAS tirunya, tak pasti keris siapa lebih panjang | Undilah AMANAH

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali tersenyum dengan tindakan PAS yang kini mencari identiti baru dengan meniru kumpulan pendesak Melayu itu dalam menggayakan pakaian pahlawan Melayu pada Muktamar ke-62nya minggu lalu.

Ibrahim berkata sekiranya PAS memakai pakaian Melayu biasa mereka mungkin dilihat sama dengan PERKASA oleh itu PAS bertindak memakai baju pahlawan Melayu.

“Ada orang kata PAS tiru PERKASA, itu mungkin dan saya tak nafikannya.

“Kalau PAS pakai baju Melayu biasa orang tuduh dia dengan PERKASA, kalau dia bawa keris pendek orang cakap dia tiru PERKASA oleh itu dia pakai lebih lagi (seperti pahlawan),” katanya sambil ketawa.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di ibu pejabat PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Muktamar PAS di Kelantan minggu lalu menyaksikan kelainan apabila pemimpin kanannya tampil dengan pakaian seperti pahlawan Melayu.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mencuri perhatian apabila menjulang keris replika gergasi, berukuran sekurang-kurangnya dua meter panjang.

Ketika merasmikan Muktamar ke-62 parti Islam itu di Kota Bharu, Hadi menggunakan keris gergasi itu untuk memotong kek pulut berwarna hijau dan putih yang menyerupai warna bendera parti itu.

Sebelum itu, keris tersebut diarak masuk ke dalam dewan oleh seorang lelaki berpakaian silat berwarna hitam.

Ini muktamar pertama PAS selepas meninggalkan gabungan dengan PKR dan DAP dan membentuk blok baru dengan parti kecil Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

Mengulas lanjut mengenai tindakan PAS itu, PERKASA berkata parti Islam itu kini sedang mencari identiti diri.

Bekas MP Pasir Mas itu berkata, selepas PAS menyertai Pakatan Rakyat dan bersama-sama dengan DAP mereka semakin kehilangan identiti diri.

“Bila PAS dalam Pakatan Rakyat Pas hilang identiti diri kerana PAS dan DAP dekat.

“Jadi bila PAS berpisah dengan DAP, PAS nak balik kepercayaan dari orang Melayu Islam dan mereka sekarang memperjuangkan Islam untuk orang Melayu.

“Untuk yakinkan mereka, PAS kena berpakaian pahlawan Melayu, bawa keris. Saya tak pasti keris siapa yang panjang, PAS atau PERKASA sebab keris PERKASA pun panjang,” katanya dengan terus ketawa.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...