TERKINI :

Wednesday, June 1, 2016

Perang mulut PAS-DAP makin menjadi-jadi

Perang mulut antara PAS dan DAP semakin berlarutan dan menjadi-jadi.

Jika semalam mereka bergaduh berkaitan kerusi pilihan raya, hari ini perbahasan berpunca daripada dakwaan Pemuda PAS bahawa DAP “memberi arak” kepada anggota partinya.

Langkah itu, kata dewan itu, menyebabkan anggota PAS yang “mabuk” berpindah kepada serpihannya Parti Amanah Negara (AMANAH).

Menyambut kenyataan itu, Pemuda DAP menyifatkan pemimpin Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz sebagai angkuh, kurang ajar dan biadap.

Wong Kah Woh (gambar) juga mengaitkan tindakan itu dengan “pertunangan” PAS dengan parti kerajaan Umno.

“Ini merupakan satu dakwaan yang angkuh, kurang ajar dan menunjukkan ketidakadaban Nik Abduh,” katanya.

Menurut Wong lagi, kenyataan PAS itu amat berbeza dengan keadaan apabila PAS bergabung dengan mereka dalam Pakatan Rakyat sebelum ini.

Katanya, ketika itu, PAS tidak akan melontarkan tohmahan kosong dan fitnah biarpun terhadap musuh politiknya pada ketika itu, Umno.

“Jangkitan politik Umno yang selalu menuduh DAP sebagai 'anti-Melayu' dan 'anti-Islam' telah mula merebak ke dalam kepimpinan Nik Abduh,” katanya.

No comments:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...